in

“Bersyukur jadi single” – Remaja Mati Angkara Gigitan Cinta, Betul Ke ‘Love Bite’ Membunuh?

Collage 30

Pada tahun 2016, seorang remaja Julio Macis Gonzalez mati akibat strok yang disebabkan oleh gigitan cinta dari teman wanitanya.

Menurut Independent, ketika remaja ini sedang makan malam dengan keluarganya di Mexico selepas menghabiskan masa dengan teman wanitanya, dia tiba-tiba sawan.

Keluarga Julio telah memanggil pasukan kecemasan namun remaja itu mati di tempat kejadian.

Doktor percaya, kematian Julio adalah disebabkan oleh sedutan gigitan cinta yang menyebabkan darah tersumbat hingga ke otak dan menyebabkan strok.

Epmgar2Vqaa5Zia

Ibu bapa remaja ini telah menyalahkan kekasih anak mereka itu atas kematiannya. Sebelum ini juga ibu bapa lelaki malang itu juga tak merestui hubungan mereka kerana jarak usia tujuh tahun dengan teman wanitaya itu.

Kalau korang nak tahu, tahun 2011 juga, seorang wanita berusia 44 tahun dari New Zealand pernah mengalami kejadian yang hampir sama di mana tangan kirinya tiba-tiba lumpuh dan telah dibawa ke hospital.

Doktor mengesyaki yang wanita itu mengalami strok tapi tak dapat menemui puncanya sehinggalah mereka perasan kesan lebam pada leher kanannya akibat dari gigitan cinta.

Ekoran itu, doktor merumuskan sedutan dari gigitan cinta itu telah merosakkan saluran utama yang menyebabkan darah beku hingga ke jantung hingga menyebabkan strok.

Love bite boleh membunuh ke?

Zhf5Ehdt6R7Xbmbesdylwhbl4U

Menurut Popular Science, walaupun tak mustahil untuk gigitan cinta menyebabkan saluran darah tersumbat dan strok, tapi ianya sangat-sangat jarang terjadi.

Presiden Persatuan Hematologi Amerika dan ahli hematologi di Universiti Pennsylvania berkata, ia boleh berlaku bila saluran darah koyak ketika melakukan sedutan.

Tapi saya rasa ia sangat susah untuk dibuat.”

Jadi, kemungkinan untuk mati akibat dari darah tersumbat dari gigitan cinta adalah sangat kecil. Tapi pembekuan darah vena telah membunuh lebih ramai orang berbanding kanser payudara, kemalangan dan AIDS digabungkan dalam setahun.

Saya terkejut dengan pembekuan darah akibat dari gigitan cinta ni tapi saya lebih risau dengan risiko biasa yang menyebabkan pembekuan darah dalam urat.”

 

Baca: “Aku nampak lovebite” – Rindu Punya Pasal, Isteri Surprisekan Suami Lepas 3 Bulan Tak Jumpa, Sekali…

Screenshot 2020 12 16 At 12.40.18 Pm

Sumber: Twitter