in

“Aku nampak lovebite” – Rindu Punya Pasal, Isteri Surprisekan Suami Lepas 3 Bulan Tak Jumpa, Sekali…

Collage 49

Perhubungan jarak jauh memang banyak cabarannya, disebalik perlukan kepercayaan yang tinggi, risiko untuk salah satu pasangan beralih kepada orang lain tetap ada.

Baru-baru ini, seorang wanita telah kongsikan kisah yang berlaku padanya akibat dari hubungan jarak jauh di page Kisah Rumah Tangga di Facebook.

Suami tak pernah abai tanggungjawab

Tujuan wanita ini kongsikan ceritanya kerana dia sendiri nak tahu pandangan kaum suami di luar sana tentang apa yang berlaku pada dirinya ini.

Ceritanya, wanita ini dan suaminya dan berkahwin selama lapan tahun dan tak dikurniakan cahaya mata. Suaminya bertugas di seberang laut manakala wanita ini tinggal di semenanjung. Pasangan ini hanya berjumpa 3 bulan sekali selama 2 minggu.

Menurut wanita ni lagi, perhubungan mereka baik-baik je, selalu berhubung melalui video call atau voice call dan suaminya tak pernah abaikan tanggungjawabnya.

“Aku nampak lovebite didadanya”

Unknown
Gambar hiasan

Nak dijadikan cerita, sepatutnya bulan September ini suaminya pulang ke rumah tapi dia dapat panggilan yang suaminya tak dapat balik dan cutinya kemungkinan lewat dari biasanya.

Kerana rindu, wanita ini membuat keputusan untuk surprisekan suaminya. Dia telah mengambi cuti dan menempah bilik hotel dengan pakej bulan madu. Namun…

Aku bersiap untuk suami. Aku rancang yang indah2. Tapi apa yang terjadi, aku nampak lovebite didadanya.

“Dia melutut merayu menangis, aku hanya mampu tolak dia keluar dari bilik dan menangis sorang2.”

Wanita ini kemudian berkata yang dia dah sayang suaminya dari dia berumur 15 tahun. Tak pernah suami dia buat perangai macam ni, tapi bila kehidupan mereka dah stabil, dia diduga dengan perkara ini.

“Salah aku ke semua ni terjadi? Aku cukup setia padanya. Bukan takda yang mendekat tapi sikit pun hati aku tak pernah tercuit. Tapi kenapa dia buat aku seperti ini?

“Dimana silap aku sebagai seorang isteri? Aku cuba fahami kerjaya dia. Setiap hari dia busy dengan kerja kenapa dia ada masa untuk buat perkara macam tu?

Tanda2 lovebite tu aku tahu apa yang dah berlaku. Aku tak bodoh.”

Selepas luahan hati wanita ini tular, dia update perkembangan yang mengejutkan kepada pembaca-pembaca yang memberi sokongan pada wanita ini.

“Benar dia dah bernikah lain”

Screenshot 2019 09 24 At 12.19.45 Pm

“Memang saya masih berharap segalanya akan pulih”

Screenshot 2019 09 24 At 12.21.21 Pm

Kalau orang luar macam kita ni baca kisah ni, memang kita dah minta wanita ni untuk tinggalkan suami dia. Tapi, wanita ni lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya. Admin doakan wanita ni sembuh dari penyakitnya dan terus kuat dalam menghadapi ujian ini.

 

Baca: “Suami suruh saya gugur anak ni” – Isteri Kecewa Dituduh Suami Curang Gara-gara Positif HIV, Rupanya…

Screenshot 2019 09 24 At 12.28.38 Pm