Seramai 23 individu termasuk 20 pelajar sekolah telah ditahan hari ini ekoran terlibat dalam satu pergaduhan yang menyebabkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dengan lebam di seluruh badan dan muka.
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, kejadian yang berlaku di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka ini berlaku ekoran perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama.
Tangkapan ini dibuat selepas pihak polis mengesan satu video berdurasi 4.09 minit yang tular di media sosial menunjukkan insiden pergaduhan tersebut. Siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku pada 29 Mac lalu.
Artikel berkaitan: “Rugi RM575” – Wanita Bergaduh Dengan Owner Carwash, Bengang Kunci Kereta Berderai Lepas Hantar Cuci
Artikel berkaitan: Budak Sekolah Gaduh Di Stadium Kluang, Polis Lapor Motif Sebab Tidak Puas Hati
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainol, satu laporan polis telah pun dibuat oleh seorang wanita berusia 65 tahun selepas mendapat tahu cucunya yang berusia 15 tahun telah dipukul oleh sekumpulan lelaki.
Polis menerima satu laporan polis dibuat seorang wanita berusia 65 tahun pada 31 Mac lalu selepas mendapati cucu lelakinya yang berusia 15 tahun dipukul sekumpulan lelaki dikenali di Pantai Puteri sehari sebelumnya, kira-kira jam 1 tengah hari.
“Pengadu kemudian membawa cucunya untuk rawatan di Hospital Melaka dan mangsa kini masih dirawat.”
Ekoran ini, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dan seterusnya menahan 23 individu yang berusia dari 15 hingga 20 tahun di sekitar kawasan Tanjung Kling, Malim dan Tanjung Minyak bagi membantu siasatan.
Kesemua suspek yang berusia bawah 18 tahun pula merupakan pelajar sekolah berbeza di sekitar kawasan Tanjung Kling dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Untuk pengetahuan korang, pihak polis turut merampas sebanyak tiga topi keledar dan sebatang kayu yang dipercayai telah digunakan dalam insiden tersebut.
Namun begitu, semua suspek telah pun dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan mereka dirakamkan.
Memandangkan kebanyakan adalah pelajar sekolah, jadi polis merakam percakapan dan kesemua mereka tidak direman.”
Alahai, tak pasal-pasal je jadi kes polis. Harap mangsa yang cedera tu cepat sembuh…
Sumber: Buletin TV3