in

“Bermula daripada sebuah kilang” – Sejarah Macam Mana Tercetusnya Kerja 5 Hari Cuti 2 Hari & Waktu Kerja 8 Jam

Kerja8Jam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tipulah kalau korang tak pernah meroyan fikir siapalah yang pergi buat kerja 5 hari tapi cuti 2 hari je kan? Admin pun sama sampailah terjumpa satu perkongsian daripada Cuti cuti kaki travel ni.

Dalam perkongsian tu, ada juga kisah macam mana tercetusnya waktu kerja 8 jam.


 

Asalnya cuti pada hari Sabtu

Ejvmflqu0Aa8Hr6
Sumber : twitter

Pada 1908, sebuah kilang di New England, Amerika telah membuat keputusan untuk memberikan cuti pada hari Sabtu.

Ini kerana pekerja yahudi mengadu yang mereka terpaksa bekerja pada hari Sabbath dan pekerja Kristian juga diberi hak yang sama pada hari Ahad supaya boleh ke gereja.

Jadi selepas itu banyak kilang telah membuat perkara yang sama, tapi siapa pula yang buat peraturan kerja 8 jam sehari?

 

Kerja 8 jam sehari depelopori oleh Henry Ford

Henry Ford
Sumber : google image

Kerja 8 jam sehari dipelopori oleh Henry Ford, pada September 25, 1926 Henry Ford telah menukar polisi syarikatnya supaya kesemua pekerja mereka bekerja selama 8 jam sehari. Henry Ford membuat keputusan tersebut apabila dia berfikir jika sesebuah syarikat mahu membuat untung,

Mereka perlukan pelanggan, jadi untuk pelanggan datang mereka mestilah mempunyai masa yang cukup untuk membeli belah.

Dalam pada masa yang sama juga, orang yang bekerja hanya 8 jam sehari mempunyai masa yang cukup tidak hanya membeli barangan keperluan tapi untuk memandu kereta Ford yang ketika itu kereta dianggap sebagai benda mewah.

 

Baca : Ibu Termuda Dalam Sejarah, Lina Medina Lahirkan Anak Ketika Baru Berusia 5 Tahun

Ibumuda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.