in

Berlakon Jadi ‘Orang Kaya’ Sebab Nak Tengok Layanan Orang, Projek Tahun Akhir Pelajar Ini Buka Mata Ramai!

Fi Kaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar perempuan jurusan seni di China baru-baru ini telah melakukan satu eksperimen sosial berkaitan dengan kehidupan golongan ‘socialite’. Dia melakukan eksperimen sosial  tersebut untuk menyempurnakan projek tahun akhirnya.


Selama 21 hari, pelajar bernama Zou Yaqi ini telah berjaya hidup sebagai seorang ‘socialite’ secara percuma di Beijing.

Menurut laporan daripada South China Morning Post, Zou berjaya mendapatkan makanan mewah, tinggal di hotel mewah dan menggunakan lounges VIP dan kemudahan hotel. Semuanya percuma hanya dengan berlakon menjadi golongan ‘socialite’.

Namun begitu, Zou bukanlah seorang ‘scammer’. Dia yang baru sahaja berumur 23 tahun itu berkata, itu semua hanyalah salah satu daripada tuntutan projek tahun akhirnya, di mana dia harus merakamkan pengalamannya dan mempamerkan hasil projek tahun akhirnya itu di Central Academy of Fine Arts di Beijing.

Zou juga telah berkongsikan beberapa klip video ‘eksperimennya’ itu berkaitan bagaimana dia berjaya mendapatkan snek percuma di pusat beli belah dan restoran mewah, mencuba pakaian ternama, tidur di lounge mewah lapangan terbang serta lobi hotel dan mencuba gelang jed di salah sebuah kedai ternama.

Rahsia nampak macam golongan ‘socialite’

Katanya, rahsia untuk nampak macam golongan ‘socialite’ ni senang je. Pertama, pakaian mestilah nampak ‘mahal’, pakai cincin fake, beg Hermès fake, dan yang paling penting pakai lipstick merah.

Tambah Zou lagi, dia berlakon menjadi salah seorang daripada golongan ‘socialite’ tersebut untuk mengetahui bagaimana seseorang itu dapat hidup dalam ‘masyarakat’ itu.

“Mereka selalunya akan melayan individu/golongan yang nampak kaya ini dengan baik.”- beritahunya dalam laporan di Sixth Tone.

Dia juga berkongsi bahawa dia berjaya menyelinap masuk ke dalam lounge VIP di lapangan terbang dan menetap di situ selama tiga hari dengan menggunakan nama dan pas masuk yang palsu walaupun sebenarnya limit berada di tempat itu hanyalah tiga jam sahaja!

Makanannya pula diperoleh daripada bufet lounge berkenaan serta dilaporkan dia tidur di atas sofa lounge itu, manakala mandi dan bersiap pula dia menggunakan tandas awam di hotel-hotel mewah selama 21 hari eksperimennya itu.

Perkongsiannya ini telah mendapat perhatian ramai masyarakat daripada seluruh pelusuk dunia. Ada segelintir yang memberi komen positif terhadap eksperimennya itu. Namun, ada juga yang mengkritik Zou sebagai seorang ‘fake socialite’ yang menyalahguna kemudahan yang disediakan.

Komen Kaya

Berlakon jadi orang kaya dah, jadi lepasni mungkin boleh buat eksperimen sosial tema lain pula!

Baca: Orang kaya ada standard-Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta, Tokti Dianggap Orang Kaya Ada Class

Baca Kaya

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.