in

Berjaya Capai Sasaran, Malaysia Raih Lebih 200 Pingat Di Sukan SEA 2025 Thailand

Sukan Sea 2025

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Temasya Sukan SEA Thailand 2025 yang bermula pada 9 Disember lalu bakal melabuhkan tirainya hari ini dengan majlis penutupan yang dijadual berlangsung pada malam ini.

Berita menggembirakan buat peminat sukan tanah air apabila kontinjen Malaysia berjaya melepasi sasaran 200 pingat pada edisi kali ini, dengan jumlah keseluruhan 229 pingat berjaya dikutip setakat ini, lapor Astro Arena.


Whatsapp Image 2025 12 20 At 10.51.19 Am

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aksi Jurulatih Malaysia Berlari Peluk Rai Emas Atlet ‘Skateboard’ Indonesia Raih Perhatian Netizen Seberang

Artikel berkaitan: Akhirnya Emas! Malaysia Tewaskan Tuan Rumah, Tamatkan Kemarau 34 Tahun Sepak Takraw

Setakat ini, difahamkan, Malaysia mempunyai 56 pingat emas, 57 pingat perak dan 116 pingat gangsa.

Dengan jumlah tersebut, Malaysia berada di tangga keempat kedudukan pingat.

2

Thailand selaku tuan rumah berada di tangga pertama kedudukan pingat diikuti dengan Indonesia dan Vetnam.

Namun, difahamkan, jumlah kutipan pingat ini masih boleh berubah kerana pada hari terakhir ini, masih berbaki lagi beberapa perlawanan.

1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.