in

“PRU selepas negara pulih daripada pandemik” – Hamzah Zainudin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) hanya akan diadakan selepas negara benar-benar pulih daripada pandemik Covid-19.


Menurut laporan Astro Awani, Kerajaan PN pastinya mengambil kita situasi pandemik dan program imunisasi Covid-19 sebelum mengadakan PRU bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan wabak itu dalam negara.

Pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik” – Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri

Beliau turut menambah, keputusan untuk mengadakan PRU selepas negara pulih ini bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan beliau turut berdoa supaya penyakit ini berkurangan di negara kita. Dengan program imunisasi yang sedang dijalankan dan mencapai imuniti kelompak, barulah PRU boleh diadakan, tambah beliau lagi.

Sumber: Google Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.