Kita selalu dengar orang kena ‘pickpocket’ ketika bercuti di luar negara. Penyeluk saku disana memang sangat profesional sehinggakan kita tak sedar mereka telah mencuri barangan peribadi kita.
Tular satu video di media sosial, seorang lelaki Malaysia nyaris menjadi mangsa penyeluk saku. Namun dia sempat sedar dan kejadian itu sempat dirakam rakannya. Korang boleh tengok video kejadian penyeluk saku tu dalam video @facktura di bawah.
Kena pickpocket bende paling haru kalau kena bila kat oversea.
Ni bag kat depan pun dia pro nak cuba seluk gak celaka betul! ? #Awareness pic.twitter.com/paJNtsNeor
— f ?️⃤ ck (@facktura) March 3, 2023
Reaksi Netizen
Rata-rata netizen terkejut selepas melihat video ini. Mana tidaknya, secara tidak sedar barang peribadi kepunyaan kita boleh dicuri dalam sekelip mata. Nasib baik mangsa cepat perasan dan sedar, kalau tak habis dah kena curi.
Min selalu dengar orang pesan macam ni. Simpan barang berharga dalam poket bahagian dalam jaket. Lagi susah untuk pickpocket ni nak ambil. Dekat sana diaorang memang pro sebab selalu buat kerja haram ni.
Tips yang berguna untuk letak padlock dekat zip beg sandang. Memang leceh sikit kalau nak buka beg, tapi yang penting barangan dalam tu selamat.
Mungkin boleh guna cara ni ataupun cari beg-beg lama yang zipnya sangkut-sangkut. Barulah susah sikit pickpocket nak buat kerja.
Kalau hilang pasport time tengah travel memang haru-biru dibuatnya. Terus hilang mood nak berjalan. Jadi, beringatlah sebelum terkena.
Baca: Pencuri Ditangkap Ketika Tidur Atas Lantai, Rupanya Mabuk Lepas Teguk Arak Pemilik Rumah