in

“Beria doktor suruh staf keluar bilik” – Zara Zya Disangka Pakai Susuk

syaz ft 2025 07 31T112558.058

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pasti anda pernah mendengar kisah dari doktor gigi yang boleh mengesan mereka yang memakai susuk menerusi imbasan x-ray.

Terbaru, pelakon terkenal Zara Zya berkongsi pengalaman kelakarnya bertemu dengan doktor gigi, doktor itu mendakwa pelakon tersebut memakai susuk kerana ada kelihatan besi dalam mulutnya ketika x-ray.


Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, berkata, situasi terbabit menjadi momen melucukan apabila doktor bertugas bertanyakan perkara tersebut secara berhati-hati.

Artikel berkaitan: “20;Ada juga yang pakai cincin” – Doktor Gigi ‘Spill’ Mereka Boleh Tahu Jika Pesakit Pakai Susuk

Artikel berkaitan: “Rasa dia 1/10” – Zara Zya Respon Pelanggan Kritik Kambing Perap Jualannya Tak Sedap

“Tengah kemas galeri, terjumpa gambar X-ray masa saya buat pemeriksaan gigi beberapa tahun lepas. Nampak tak sesuatu kat bawah pipi tu?

Beria-ia doktor suruh staf semua keluar bilik dan dia pun mulalah susun ayat untuk bertanya pada saya.

Dia bisik, ‘dulu ada pakai susuk ke?’. Pening saya fikir, bila pula saya buat benda tu,?” katanya.

Bagi menjelaskan dan mengelakkan salah faham, Zara menjelaskan pin yang tertanam di bahagian tersebut memang daripada pembedahan dilakukan sebelum ini.

“Saya cakap pada dia itu adalah jarum atau pin sebab saya dahulu buat pembedahan dari pipi ke leher.

Tetapi, selepas saya dah jelaskan pun dia macam antara nak percaya atau tak,” ujarnya lagi.

Pun begitu, petugas perubatan yang berada di situ berkata, paparan imbasan X-ray dilakukan menunjukkan imej sama tetapi dalam jumlah yang banyak, bukan seperti yang ada pada Zara.

“Paling kelakar, dari elok dia pasang lagu Sheila On 7, terus tukar zikir. Ingat saya hantu ke?” katanya berseloroh.

Sejak beberapa tahun lalu keadaan kesihatan aktres terbabit terjejas berikutan dua sindrom yang mengakibatkan bahagian leher dan belakangnya sakit.

Zara pernah mendedahkan mempunyai masalah Cervical Facet Syndrome atau sindrom sendi faset leher iaitu punca paling biasa bagi kesakitan leher.

Sumber: Kosmo!,Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.