in

“Beri perlindungan pada mangsa” – Rina Harun Minta PDRM Siasat Segera Wanita Diganggu Polis Masa ‘Roadblock’

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah ‘ditegur’ oleh ahli-ahli parlimen dan netizen selepas gambar photoshoot di pejabatnya tular. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Rina Harun telah keluarkan kenyataan mengenai insiden pegawai PDRM mengganggu seorang wanita ketika sekatan jalan raya yang tular baru-baru ini.


Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi KPWKM, Rina Harun mengatakan yang dia memandang serius tentang isu gangguan seksual tersebut lebih-lebih lagi bila ia melibatkan pegawai polis.

Af8Fd85C9Edcd2B76Cae91E580391Fa0.Jpgs900

Perbuatan terkutuk ini sama sekali tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi jika ia melibatkan anggota penguatkuasa.”

Menteri ini juga meminta agar PDRM membuat siasatan segera mengenai kes ini serta memberikan perlindungan kepada mangsa dan jika bersalah, hukuman dijatuhkan terhadap pelaku.

Saya amat berharap semua pihak saling menghormati dan tidak mempersoalkan kredibiliti keseluruhan institusi PDRM yang telah banyak berkorban dalam memastikan keselamatan negara.

Usahlah kita menghukum ibarat “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Tak cukup dengan itu, Rina juga menyeru agar semua rakyat Malaysia khususnya wanita untuk tampil membuat laporan sekiranya berdepan dengan sebarang bentuk gangguan seksual.

 Sama ada secara lisan, perbuatan atau melalui pelbagai isyarat oleh pelaku. KPWKM sedia membantu dan salurkan aduan melalui Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam.

1043884

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini seorang wanita di Pulau Pinang mendakwa seorang anggota polis telah meminta nombor telefonnya ketika melalui satu sekatan jalan raya dan menghubunginya untuk berkenalan.

Insiden lain pula, seorang wanita mendakwa seorang anggota polis telah mengeluarkan kritikan tak wajar kerana tidak memakai bra ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Duta.

Menurut mStar, PDRM telah pun mengenal pasti anggota polis yang terlibat dalam insiden ini dan mengeluarkan dua anggota polis dari tugasan sekatan jalan raya sementara menunggu siasatan.

 

Baca: “Nak jadi model ke menteri” – Rina Harun Dikecam Netizen Gara-gara Tular Gambar Jadi Model Baju Kurung?

Collage 21

Sumber: MalaysiaKini
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.