in

“Beri Ibu Pelukan, Ibu Sayang Kamu”- Kejutan Hadiah Patung Monyet Miliki Suara Mendiang Ibu Buat Netizen Tersentuh

Untitled Project 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernahkah anda mengalami saat rindukan seseorang yang dicintai tanpa mengenal erti jemu untuk sentiasa mengingati walaupun orang itu sudah tiada di sisi?

Rindu yang paling menyakitkan dan tiada penghujung adalah rindu kepada insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita selamanya.


Baru-baru ini, terdapat satu video tular di TikTok mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang menerima hadiah paling bermakna dalam hidupnya.

Video yang dirakam bapanya itu menjadi tular apabila anaknya membuka hadiah dan mendapati satu patung monyet di dalam kotak.

Kanak-kanak lelaki itu awalnya menunjukkan reaksi kurang gembira namun selepas bapanya menyuruh menekan tapak tangan patung itu, kedengaran suara mendiang ibunya yang berkata “Beri Ibu Pelukan, Ibu Sayang Kamu”.

Artikel berkaitan:Suami Menangis Masa Malam Pertama, Isteri Bisik Tanya Kenapa Rupanya Rindu Emak!

Artikel berkaitan: “Ayah, gendong” – Terlalu Rindu, Budak 3 Tahun Hulur Tangan Minta Dukung Pada Foto Arwah Bapa

Anak itu terus memeluk patung itu dengan erat sejurus mendengar suara mendiang ibunya yang sudah sekian lama dirindui.

Video berkenaan mendapat tontonan lebih 9.3 juta dan ribuan komen yang rata-ratanya bersimpati dengan kehilangan anak itu.

Memang benar kehilangan seseorang yang disayangi itu benar menyakitkan dan rindu itu tiada penghujungnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.