Biasa kita dengar peniaga membuat kerja amal dengan memberi makanan percuma kepada insan yang memerlukan namun jarang kita ketahui kisah di sebalik niat mereka itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang penjual aiskrim mempromosi aiskrim percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Difahamkan, lelaki tersebut berniaga aiskrim di kawasan tepi pantai untuk mencari pendapatan lebih bagi menyara isteri dan anaknya.
@ruimeilo Nampak abang jual aiskrim, terharu dengan semangat bang 💪 #longervideos #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #penang #malaysia #belanja
Jelasnya lagi, gaji bulanan yang diterima di sebuah syarikat pengangkutan tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan dia sekeluarga.
“Saya ada anak seorang OKU, OKU terlantar dia sakit. Saya seorang sahaja kerja, isteri tak kerja. Kerja kereta api gaji sikit, jadi kena cari duit lebih,” katanya.
Dalam video tersebut, penjual aiskrim itu menceritakan kisah bagaimana dia mendapat inspirasi untuk memberi aiskrim percuma kepada OKU.
“Bergetar suara seorang bapa bila sebut tentang anak syurganya.”
Jelasnya, dia mendapat inspirasi berkenaan kerana dia juga turut mempunyai seorang anak OKU yang pernah terlantar sakit sebelum meninggal dunia dan kini dia hanya memiliki seorang anak kecil.
Pengguna TikTok itu kemudian bertindak membeli 50 aiskrim untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai di sekitar kawasan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi terharu dan sebak mendengar kisah penjual aiskrim tersebut.
Ramai juga yang kagum dengan peniaga aiskrim itu kerana sanggup mencari rezeki lebih buat isteri dan anaknya.
Semoga keluarga abang ini dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat.
Baca: “Kakak you deserve it” – Majikan Sponsor ‘Me Time’ Untuk Pembantu Rumah Raih Pujian Netizen