in

Berebut Kawasan Parkir & Tanaman Punya Pasal, 2 Jiran Bergaduh Sehingga Pasu ‘Terbang’

Cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular satu video di media sosial yang melihatkan sekumpulan jiran bergaduh hanya disebabkan berebut kawasan tanaman dan parkir kenderaan.


Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu tular menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook dan Twitter. Difahamkan, kejadian berlaku di Seksyen 24, Shah Alam.

1 7

2 5

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, pihaknya telah menerima laporan berkenaan isu tersebut daripada kedua-dua pihak.

Hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada isu berebutkan kawasan tanaman serta masalah meletakkan kenderaan oleh kedua-dua jiran.

3 6

“Kesemua yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam percakapan dalam membantu siasatan. Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai dan telah membuat penarikan semula terhadap laporan polis yang dibuat”

Tambah beliau, pihak polis tetap akan terus melakukan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua-dua belah pihak telah menarik semula laporan polis yang telah dibuat.

Video penuh:

 

Kredit: Kosmo

BACA: [Video] Keluar Dengan Lelaki Lain, 17 Remaja Bergaduh Gara-Gara Seorang Perempuan

Capture 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.