“Berderau” – [Video] Kanak-kanak Dipatuk Masa Tengah Sibuk Main Mainan Tanpa Sedar Ada Ular Menyorok

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ish! Hati-hati lah sekarang musim hujan ni, mungkin ada ular masuk. Kena pantau, lebih-lebih lagi rumah yang ada banyak tanam pokok, sebab bila-bila masa je ular boleh masuk padahal satu rumah kat Shah Alam ni kosong je.

Boleh pula dia menyorok dalam bakul mainan anak kecil,  rakaman video yang tular di media sosial Facebook memperlihatkan seorang kanak-kanak ‘bermain’ dengan seekor ular disangkakan alat mainan di luar rumahnya.

 

Ular menyorok dalam mainan kanak-kanak

Detik cemas ular bersembunyi dalam bekas mainan kanak-kanak.. Tiada info lanjut

Posted by Durian media on Thursday, October 24, 2019

Rakaman dimuat naik melalui page Durian Media menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju putih duduk asyik bermain seorang diri sebelum memunggah bakul mainan miliknya yang berada di tepi kirinya.

Dia kemudiannya terbalikkan bakul itu bagi mengeluarkan kesemua mainannya sebelum terjumpa satu ‘objek’ yang menarik perhatiannya.

Menurut Sinar Harian, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) durasi 2 minit 21 saat di luar rumah itu tanpa mengetahui bahaya menanti, kanak-kanak itu dilihat memegang, menarik badan ular yang tersangkut di celahan lubang bakul permainan itu.

Kemduian dia cuba menarik ular, mungkinan nak bermain dengan objek itu namun percubaannya gagal. Kemudian kanak-kanak itu memasukkan semula peralatan mainan ke dalam bakul dan mengangkat bakul ke dalam rumah.

Bagaimanapun secara tiba-tiba kanak-kanak itu terduduk, percayai kena patuk ular berkenaan pada bahagian kaki sebelum diselamatkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya.

Seorang wanita juga bertindak membawa tali dan mengikat di bahagian kaki kanak-kanak malang itu, kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital.

Perkongsian video itu meraih 16,000 tontonan, ramai yang cemas melihat kejadian itu. Memang tak dinafikan rasa ngeri bila menontonnya, harap lepas ni kita semua dapat berjaga-jaga dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.

 

Baca : “Terima kasih kepada semua yang mendoakan” – Ibu Luah Rasa Syukur Dekat Netizen Yang Doakan Anak Kena Patuk Ular

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?