Menjadi seorang pemandu E-hailing bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai ragam dan perangai manusia.
Baru-baru ini, mimpi ngeri setiap pemandu e-hailing berlaku di Kuala Lumpur apabila seorang penumpang remaja perempuan bertindak mengelar leher seorang pemandu e-hailing kerana dia bengang dengan harga tambang trip tersebut.
Difahamkan, mangsa yang berusia 63 tahun itu mengambil penumpang tersebut di Sagil, Muar, Johor untuk dihantar ke Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Selepas tiba di destinasi kira-kira pukul 3 pagi, penumpang berkenaan berang apabila caj tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM 400.
Penumpang tersebut menyatakan dia tidak mempunyai wang untuk membayar, pemandu itu kemudiannya membuat keputusan untuk membawa penumpang itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
Disebabkan ketakutan, penumpang tersebut bertindak agresif dan mengelar leher pemandu tersebut menggunakan pisau lipat lalu melarikan diri.
Ketua Polis Sentul Beng Eh Lai berkata, mangsa kemudian memandu ke Balai Polis Sentul bagi meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
“Hasil siasatan dan risikan dijalankan, polis berjaya menahan suspek di sebuah premis perniagaan di Jinjang, pada 4.55 petang tadi.
“Siasatan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis turut merampas telefon bimbit milik suspek.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.
Dekat mana-mana pun dah tak selamat sekarang, sentiasa berhati-hati ya semua!
Baca: Gadis Terpaksa Lompat Keluar Kereta Lepas Dicabul & Disamun Pemandu E-Hailing