in

Berang Pelanggan Komen Makanan Tak Sedap & Mahal, Pemilik Kedai Cabar Bawa Dalil Atau Didoakan Keburukan

Cover 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasannya, pemilik bisnes atau tukang masak akan mengambil kira segala komen dan kritikan yang diberikan oleh pelanggan kerana ia dapat menaikkan lagi kualiti makanan dan servis mereka.

Namun, lain pula situasi yang dihadapi oleh seorang pelanggan ini apabila ciapannya di Twitter menerima maklum balas mengejutkan daripada pemilik kedai.


Pelanggan komen makanan kurang sedap dan mahal

Menerusi satu bebenang ciapan di Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Neyra ada berkongsikan pengalamannya di sebuah kafe di Alor Setar.

Dalam ciapan tersebut, wanita ini meluahkan rasa kurang puas hati terhadap rasa makanan yang agak kurang memuaskan dan harga yang dikenakan pula tidak berpatututan.

Tuan kedai balas

Bagaimanapun, perkongsian itu ternyata kurang disenangi oleh seorang individu yang didakwa merupakan pemilik kepada perniagaan yang dikomen itu.

Tidak seperti pemilik kedai lain yang kebiasaannya akan mengambil kira kritikan yang diberi, individu ini sebaliknya mengingatkan kepada pelanggan tersebut berkenaan larangan mencela makanan dalam Islam.

Tidak cukup dengan itu, individu ini turut berharap agar pelanggan yang memberi kritikan itu berfikir bahawa ada 17 staf kedai yang sedang mencari rezeki. Ciapan tersebut diakhiri dengan satu potongan ayat dalil agama.

1 5

Cabar pelanggan bawa dalil

Mungkin kurang senang dengan kritikan yang diberi, individu itu sekali lagi menulis ciapan dan meminta agar pelanggan tersebut mengemukakan dalil yang membolehkan dia mengkritik makanan dan minuman.

Jelas individu ini, jika pelanggan tersebut tidak dapat mengemukakan dalil seperti yang diminta, dia akan mendoakan keburukan kepada pelanggan itu.

2 2

Fosrdcfaiakazem

Dapat perhatian warganet

Maklum balas individu tersebut ternyata mendapat perhatian warganet yang mengkritik caranya dalam mengendalikan komen negatif pelanggan.

Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman peribadi mereka berhadapan dengan pemilik restoran yang tidak boleh menerima kritikan pelanggan.

A 2

C 1

B 2

Apa komen anda tentang tindakan pemilik kedai itu?

BACA: Restoran Di Shah Alam Dikecam Kerana Halang Warga Rohingya Daripada Memasuki Premis

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.