in

Berang ‘Laluan Tikus’ Ditutup, Individu Bertindak Bakar Penghadang & Kawat Duri PDRM

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Arahan melarang orang ramai untuk rentas daerah dan negeri telah dikeluarkan oleh kerajaan, kerana ini pihak PDRM telah meningkatkan kawalan dengan membuat sekatan jalan raya serta menutup laluan-laluan jalan dalam.

Namun usaha anggota PDRM untuk mengekang penularan Covid-19 ini malangnya tak mendapat sokongan dari semua pihak. Sebagai contoh, baru-baru ini Ibu Pejabat Polis Daerah Besut telah memuat naik gambar di Facebook menunjukkan sikap individu tak bertanggungjawab.


Posting tersebut menunjukkan, penghadang “laluan tikus” di sempadan antara Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan telah dirosakkan oleh individu tak bertanggungjawab.

181527296 4494039173958408 6084863127431717983 N

Apa yang mengecewakan serta menyedihkan, masih terdapat mereka yang masih lagi berdegil, keras kepala dan seakan tidak ambil kisah dan ambil tahu mengenai arahan PKP yang dikuatkuasakan.

“Individu Yang tidak bertanggunjawab telah membakar Penghadang Dan kawat duri yg telah didirikan oleh Pihak polis. Mereka seolah-olah memberontak kerana “laluan tikus” yang biasa mereka lalui telah pun ditutup sepenuhnya disempadan Besut Terengganu – Pasir Putih Kelantan.”

Ekoran dari ini, pihak IPD Besut dan JKR Besut telah pun meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tak dialihkan lagi.

182807014 4494039330625059 2957306186569606408 N

Tak cukup dengan itu, pihak polis juga turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk hubungi IPD Besut bagi membantu mencari individu yang telah merosakkan harta kerajaan.

Kes pun dah meningkat teruk, janganlah buat benda-benda tak berfaedah ni…

 

Baca: Kawalan Ketat di Federal Highway Sejak Semalam, Hantar Kuih & Baju Raya Antara Alasan Pemandu

Hide 2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.