“Belum kahwin dah banyak kawal Ayie” – Netizen Spill The Tea Pasal Hubungan Syafie Naswip & Ex Tunang, Rupanya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Minggu lepas kecoh di media sosial apabila aktor anak didik Allahyarham Yasmin Ahmad, Syafie Naswip dikatakan telah memukul, menumbuk muka dan menumbuk mulut bekas tunangnya, Aishah Azman gara-gara dituduh mengamalkan hubungan sejenis.

Sumber: Blog

Berita tersebut telah membuatkan Syafie mendapat kecaman hebat daripada netizen yang menuduhkan terlalu berkasar dengan wanita.

Walau bagaimanapun, baru-baru ni, rupanya ada netizen di Twitter telah ‘spill the tea’ tentang ‘kisah sebenar’ yang menimpa aktor tersebut. Aik ada lagi kisah di sebalik kisah ke?? 

 

“Belum kahwin, banyak dia kawal Ayie… salah ex Ayie memang banyak tapi ramai orang tak tahu” 

Menurut perkongsian tersebut, netizen ini mendakwa rupanya Syafie yang dipanggil Ayie ini tidak bersalah dalam masalah hubungan yang dihadapi pasangan ini. Aishah juga dituduh sebagai ‘queen control’ dan sengaja menjaja kisah kononnya Syafie seorang gay.

Sumber: Twitter

 

“Kalau seseorang tuduh dan hebohkan anda lesbian… agaknya anda buat apa. Senyum je…” 

Sumber: Twitter

 

“Zaman sekarang memang trend orang Spill The Tea untuk jatuhkan orang lain” 

Apa-apapun kalau betullah Syafie ni tak bersalah, min rasa korang yang kutuk-kutuk dia hari tu eloklah minta maaf. Rata-rata rakan Syafie semua cakap dia seorang yang baik. Tapi bak kata netizen ni juga, “kalau nak tahu tak eloknya orang, tanya pada lawannya”.

Sumber: Twitter

Apa-apapun, kisah ini hanyalah dari mulut-mulut netizen yang masih belum disahkan kesahihannya. Bagi min, sebelum korang mengeji dan mengutuk seseorang tu… eloklah siasat terlebih dulu. Mana tahu, orang tu sebenarnya tak bersalah pun kan? 

Baca: “Watak Mukhsin kah?” – Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang Lepas Berang Dituduh ‘Songsang’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!