in

Belanjawan 2021: Bayaran ‘One Off’ RM 500 Kepada Imam, Bilal, Siak & Guru KAFA

Ft Belanjawan Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.


Menerusi pembentangan beliau pada hari ini, tidak dilupakan bantuan juga akan diberikan kepada golongan agamawan melalui insentif bayaran khas secara ‘one off’ sebanyak RM500 yang akan diberikan kepada golongan yang berkelayakan.

Antara golongan yang berkelayakan termasuklah para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.

500

Pemberian bantuan khas ini dijangka dapat memberi manfaat kepada hampir 70,000 orang.

Bukan itu sahaja, bagi menghargai jasa para Guru Takmir yang seramai 4,000 orang yang bertungkus-lumus menjadi penggerak komuniti di peringkat kariah, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar elaun Guru Takmir daripada RM800 kepada RM900 sebulan.

Elaun

Segala perbelanjaan ini menelan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion dalam pengukuhan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Islam

Baca: Belanjawan 2021: Kerajaan Ganti BPN Kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Ini Antara Senarai Bantuan Baca Lanje

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.