Usahawan dan pengasas jenama kecantikan, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita baru-baru ini berkongsi dia kini membela dua ekor anak anjing baka German Shepherd (K9).
Menurut Bonda, tujuan membela anjing yang lazim digunakan oleh pihak berkuasa itu adalah untuk menjaga keselamatan kawasan ladang miliknya yang terletak di puncak hutan.
Ibu kepada usahawan Aliff Syukri itu turut mendedahkan perlu memiliki lesen khas sebelum memelihara anjing K9.
Artikel berkaitan: Aliff Syukri Mengalah, Bertemu Bonda Rozita Ketika Acara Sekolah Anak
Artikel berkaitan: “Ini baru betul reward” – Beri Banglo Bernilai Hampir RM1 Juta, Netizen Puji ‘Bos’ Syarikat Ini
View this post on Instagram
Bonda dan suami bawa anjing bersiar
Namun, sebuah video live memaparkan Bonda dan suaminya membawa kedua-dua anjing itu bersiar di sekitar kawasannya yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna media sosial telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Difahamkan, video itu menunjukkan Bonda dan suaminya berkongsi cara penjagaan anjing K9.
Dalam video itu, Bonda menunjukkan tempat tinggal haiwan tersebut dan mengakui anjing itu cukup liar biarpun masih kecil.
Walaupun Bonda menjelaskan sebab mengapa dia membela anjing berkenaan, namun ada segelintir netizen yang kurang senang dengan tindakannya lebih-lebih lagi apabila anjing berkenaan dirakam berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Netizen merasakan adalah lebih baik tidak dikongsikan secara terbuka mengenai peliharaan anjing kerana ia agak sensitif terutama dalam masyarakat Islam.
Dalam perkongsian sebelum ini, dua ekor anjing berusia lapan minggu itu diberi nama Inddy dan Izzy, masing-masing seberat 14kg dilengkapi sijil keturunan dan microchip di dalam badan.
Sumber: Threads