Bila ada anak, macam-macam perangai dia kita kena hadap. Kadang-kadang pening juga kepala layan perangai pelik anak-anak ini. Tapi, nak buat macam mana kan, lumrah sebagai ibu bapa untuk besarkan anak-anak, kena la hadap juga.
Macam apa yang dialami oleh seorang ibu ini pula, dia berkongsi cerita mengenai perangai ‘nakal’ anaknya yang sorokkan remote TV dalam freezer.
Menerusi perkongsian video oleh Cipinas di Tiktok pada 25 Mac lalu yang mendapat lebih 800 ribu tontonan menceritakan yang dia pelik sebab puas cari remote TV satu rumah tapi tak jumpa-jumpa!
Dia juga menceritakan perangai pelik anaknya yang bila dah sorok benda, selalu lupa dia letak di mana. Dah la sorok, terlupa pulak tu letak mana. Aduhai, payah la nak cari nanti.
Rupanya sorok dalam peti ais
Mula-mula, wanita itu syak yang anak dia terbawa remote TV itu pergi sekolah. Terpaksa tebalkan muka, wanita itu hantar whatsapp dekat cikgu anaknya untuk minta tolong tanyakan anaknya di sekolah mengenai remote TV yang dipercayai terbawa ke sekolah.
Tapi, lain pula jawapan yang diterima . Rupa-rupanya, remote TV yang dikatakan ‘ghaib’ itu ada dalam freezer peti sejuk di rumah. Mak ai, lain macam letak remote TV dalam freezer.
Wanita itu terus pergi dapur untuk check dan memang betul remote TV itu ada dalam freezer peti ais. Bukan remote TV je yang diletaknya, vitamin pun sama. Memang geleng kepala je la mak dia pun.
Terhibur dengan gelagat anak-anak ini.
Lepasni kalau ada barang kat rumah tu hilang, korang terus je tanya dekat anak-anak korang. Diorang tahu je kat mana cuma lupa nak bagitahu la tu.
@cipinascantik Perangai Husna, dia suka nyorokkan benda lepas tu dia lupa mana dia letak. Padahal dia dari tadi carik sesama dengan mak. #foryou #fyp #Sssmac
Kalau korang nak tengok lebih lanjut, boleh pergi dekat Tiktok Cipinas. Sebab video ni ada 3 bahagian tau.
Sumber: Cipinas