in

Bekas Penyampai Radio Dedah Siapa Tim Leissner Yang Dikait Dalam Kes 1MDB

Kk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, salah seorang individu yang dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengaku bersalah.


Tim Leissner yang juga bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, dilaporkan mengaku bersalah atas dua tuduhan jenayah melibatkan syarikat 1MDB.

Tapi apa yang mengejutkan, seorang bekas penyampai radio Malaysia telah mendedahkan siapa sebenar Leissner.

 

Ada yang nyaris berkahwin bersama Tim Leissner

Kudsia Kahar, bekas penyampai radio di bawah syarikat gergasi Astro selama 17 tahun mendedahkan Leissner sebenarnya adalah seorang penipu.

Dalam pendedahannya di Twitter, Kudsia mendakwa semua wanita Melayu yang pernah dikaitkan dan ditipu Leissner pasti menarik nafas lega kerana mereka tidak bersama lagi.

Malah katanya, ada yang nyaris berkahwin dengan Leissner.

Kk 1 1
sumber: twitter

Susulan pengakuan Leissner, Kudsia mencadangkan pihak berkuasa untuk menyiasat wang yang digunakan untuk membeli cincin-cincin pertunangan untuk wanita-wanita ini.

 

Leissner terkenal dengan ‘taktik tanam tebu di tepi bibir’

Kudsia juga mendakwa, Leissner terkenal dengan kebijaksanaannya menggunakan kata-kata manis atau dalam istilah Melayu, taktik ‘menanam tebu di tepi bibir’.

Ramai wanita yang jauh lebih muda daripada usianya kecuali seorang yang lebih berusia telah berjaya ditipu Leissner.

Lebih menarik, Leissner melamar mereka semasa masih berkahwin dengan isterinya.

Kk 2
sumber: twitter

Kudsia juga sempat berikan nasihat kepada mereka yang terfikir nak bercinta dengan Mat Saleh macam Leissner ni.

Kk 3
sumber: twitter

Wow, betul-betul geram nampaknya!

 

Tim Leissner suami Kimora Lee Simmons

Tapi siapa sebenarnya isteri Tim Leissner, lelaki buaya darat ni?

Pada yang tak tahu, Leissner merupakan suami kepada fashion mogul dan designer terkenal, Kimora Lee Simmons.

Kimora Lee Tim Leissner
sumber: your black world

Dan Simmons juga sebelum ni pernah bergambar dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta post mengenainya di akaun Twitternya.

Kimora Lee Rosmah
sumber: twitter

Perkara ini turut disahkan oleh Kudsia menerusi sesi soal jawab di akaun Twitternya itu.

Kk 4
sumber: twitter
Kk 5
sumber: twitter

Makin lama makin panas pulak rasanya pendedahan ni. Siapa sangka, kan?

Susulan pengakuan salahnya Leissner akan mengembalikan wang sebanyak RM180 juta (USD 43.7 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Baca: Bekas Pengerusi PAC Mengaku Padam Perkataan Dalam Laporan 1MDB?!

Pac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.