in

Bekas Pengacara Norjuma Habib ‘Hilang’ Lepas Mahkamah Keluar Waran Tangkap

Collage 72 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, sejak tahun 2019 dan 2020 pihak Fame Up Entertainment telah memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas pengacara TV3 Norjuma Habib Mohamed, kerana penyebaran fitnah yang dibuat olehnya sekitar tahun 2019 hingga 2020.

Sebentar tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Norjuma selepas dia gagal untuk memberikan kerjasama dari permulaan kes.


Memetik laporan dari Harian Metro, arahan ini dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Yasmin Abdul Razak selepas pengacara itu dikatakan gagal memberikan kerjasama serta menghina mahkamah dengan perintah yang ditetapkan.

Juma1

Norjuma hilangkan diri

Pun begitu, apabila pihak peguam Fame Up Entertainment mahu menyerahkan waran tangkap tersebut, Norjuma dikatakan tiada di kediamannya.

Peguam Muhammad Hassanuddin Roslan telah memohon tarikh baru waran tangkap ke atas Norjuma dan mungkin akan berikan kepada pihak polis untuk mengesan pengacara tersebut.

Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini mahkamah telah memerintahkan Norjuma untuk membayar ganti rugi sebanyak RM260,000 kepada Fame Up Entertainment berserta permohonan maaf di media cetak dan beberapa surat khabar rasmi.

 

Baca: “Nampak HOT pakai mask” – Pengacara Rancangan Realiti Indonesia Dikecam, ‘Hina’ Rupa TikTokers Lepas Buka Facemask

Fi Kor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.