in

Bekas Isteri Edika Yusof Dedah Punca Cerai, Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Sejak Awal Perkahwinan

isteri edika yusof jadi mangsa keganasan rumah tangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas isteri kepada pelakon, Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri tampil mendakwa sudah menjadi mangsa keganasan rumah tangga lebih 20 tahun sepanjang perkahwinan mereka.

Hidayah, 47, mendedahkan perkara itu selepas mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.


“Ya, memang ada (keganasan rumah tangga). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit lagi. Sudah lebih 20 tahun.

“Edika boleh menafikan apa yang dia nak, dia boleh cakap apa yang dia mahu tapi apa yang saya kemukakan dalam mahkamah bukti yang kukuh.

“Saya ada gambar, video dan audio,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Edika Yusof Sah Cerai Isteri Talak Satu, Perkahwinan 21 Tahun Akhirnya Terlerai

Artikel berkaitan: “Nak cerita banyak tapi..” – Edika Yusof Dakwa Isteri Bercakap Dalam Telefon Dengan Lelaki Lain?

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang mengatakan salah satu punca Hidayah memfailkan cerai terhadap pelakon filem Maria Mariana itu adalah disebabkan isu keganasan rumah tangga.

3277919

Dalam pada itu, Hidayah menyangkal dakwaan hubungannya dengan anak perempuan iaitu Fereena Nurulhaq dingin disebabkan kemelut rumah tangganya.

Menurut Hidayah, anaknya itu turut menjadi saksi kejadian yang berlaku dalam rumah tangganya malahan pernah menghubungi pihak polis untuk datang bagi meredakan keadaan.

“Anak-anak jadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya tapi tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi. Anak perempuan juga berpihak kepada saya.

“Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan akan cari abang sulung dan kalau abang dia tak dapat datang, dia diam-diam akan hubungi pihak polis.”

Jelasnya, sudah banyak kali pihak polis datang ke rumah dan dia juga mempunyai bukti seperti video insiden yang berlaku.

Sementara itu, Edika menyatakan bahawa dia enggan berputus asa dengan rumah tangganya dan masih berhasrat untuk rujuk dalam tempoh iddah.

Sekadar info, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Sumber: mStar, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.