Seorang bekas guru besar sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membuat ancaman dalam talian terhadap pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu yang menjadi saksi pertama dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Tertuduh yang dikenali sebagai Kamul Kamarudin bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Marlina Ibrahim. Kamul yang menggunakan nama ‘Amung Kamaruddin’ di Facebook dikatakan dengan sengaja memulakan satu komunikasi yang berbentuk ancaman.
Artikel berkaitan : Pemilik Akaun FB ‘Amung Kamaruddin’ Ditahan Polis Susulan Kenyataan Di FB Berunsur Ugutan Terhadap Pakar Patologi
Artikel berkatian : Pakar Patologi Inkues Zara Qairina Buat Laporan Polis Lepas Terima Ugutan Di Media Sosial
“Mau intai bah ni Dr di mana dia tinggal… bila dia kerja… upah bah… pemandu langgar lari”
Menurut sumber, hantaran sebegitu dibuat dengan niat untuk menimbulkan kegusaran dan ia dibaca sendiri oleh Dr Hiu pada 5 September jam 4.15 petang di Taman Luyang.
Kesalahan tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, serta denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Mahkamah telah membenarkan Kamul diikat jamin sebanyak RM20,000 bersama dua orang pemimpin tempatan dan telah menetapkan 29 September untuk pengurusan kes praperbicaraan. Di samping itu, mahkamah juga menetapkan syarat tambahan buat tertuduh di mana dia perlu melaporkan diri setiap bulan serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles dan Eugenie Meredith Gilbert. Lovely pada mulanya mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin tempatan.
Namun begitu, peguam Elhanan James, yang mewakili tertuduh telah memohon agar jumlah lebih rendah dikenakan memandangkan anak guamnya merupakan penduduk tempatan Sabah dan tiada risiko untuk melarikan diri.
Beliau turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh yang merupakan seorang pesara guru besar dari sebuah sekolah rendah di Semporna telah ditangkap pada 8 September lalu dan memberika kerjasama penuh kepada polis.
Pada mulanya, Kamul mengaku bersama atas pertuduhan itu namun menukar pengakuannya kepada tidak bersalah selepas mendengar peruntukan seksyen yang boleh dikenakan kepadanya.
Pada 6 September lalu, dilaporkan bahawa polis menerima laporan dibuat oleh Dr Hiu berhubung ancaman dalam talian yang didakwa berkait dengan keterangannya selama dua hari (3 dan 4 September) dalam prosiding inkues kematian Zara.
Sumber : Facebook, Berita Harian