in

Bekalan Vaksin Covid-19 Lambat Sampai Malaysia Sebab Negara Maju Dah Bolot Lebih Awal – KJ

Ft Bekalanvaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa negara maju sudah terlebih dahulu membolot vaksin Covid-19 dan disebabkan itulah bekalan lambat sampai ke Malaysia, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.


Menurut Harian Metro, tindakan negara maju berbuat sedemikian menyebabkan kebanyakan negara seluruh dunia termasuklah Malaysia terjejas. Disebabkan itu, PICK bergerak perlahan dan sekaligus mengehadkan jumlah pemberian vaksin yang boleh diagihkan setiap hari.

Kata beliau lagi, negara telah menempah sebanyak 73.1 juta dos vaksin yang cukup untuk 120 peratus populasi di Malaysia namun berikutan bekalan yang terhad di seluruh dunia, hanya kira-kira 8.42 juta daripada tiga portfolio vaksin diterima setakat 18 Jun lepas.

Kj 1

Jika dibandingkan jumlah penerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin berbanding keseluruhan penduduk, Malaysia tidak jauh ketinggalan berbanding Jepun malah kompetitif berbanding negara besar di Asia Tenggara.”

Namun, kita dapat saksikan jurang yang besar jika dibandingkan dengan negara maju lain yang membolot vaksin seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Kesatuan Eropah (EU), yang menunjukkan ketidakadilan pengagihan vaksin di seluruh dunia.”

Ini bukan alasan, tapi jelas menunjukkan kapasiti pemberian vaksin bukan masalah kita, tapi jadual penghantaran disebabkan ketidakadilan pengagihan vaksin.”

Rakyat perlu faham bahawa kerajaan telah sedaya upaya cuba mendapatkan vaksin secepat mungkin, tetapi inilah realiti dalam pengagihan vaksin.”

Sinovac

Berikut adalah statistik vaksin yang diterima Malaysia menerusi fasiliti COVAX setakat ini:

  • 828,000 daripada 6.4 juta dos vaksin AstraZeneca
  • empat juta daripada 44.8 juta dos vaksin Pfizer
  • 3.6 juta daripada 12 juta dos vaksin Sinovac

Malaysia bagaimanapun kini dapat meningkatkan kapasiti pemberian vaksin harian apabila bakal menerima lonjakan bekalan vaksin bermula bulan depan.

Kita berjaya mengawalkan jadual penghantaran, apabila semua 12 juta dos vaksin Sinovac akan selesai diterima pada akhir bulan depan, manakala 25 juta dos vaksin Pfizer akan diterima pada suku ketiga tahun ini, iaitu antara Julai hingga September depan.”

Ini meletakkan negara dalam keadaan yang baik, sekali gus membolehkan Malaysia meningkatkan kapasiti pemberian vaksin harian pada suku ketiga tahun ini dan memastikan sasaran 80 peratus populasi divaksin, tercapai sebelum akhir tahun.”

Baca: Kerajaan Sedang Teliti Kebebasan Boleh Diberikan Kepada Individu Lengkap Vaksinasi – KJ

Ft Vaksinkj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.