Licik! Itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap helah satu sindiket pengedaran dadah yang menyorok syabu dalam beg sekolah kanak-kanak.
Menurut sumber, empat individu termasuk dua wanita telah ditahan di sebuah rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang. Dalam serbuan tersebut, polis menemui sejumlah 5.2kg syabu yang disorok dalam beg sekolah Ultraman.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata, empat suspek yang ditahan itu ialah lelaki berusia 46 dan 51 tahun serta wanita berusia 42 dan 59 tahun.
Selain daripada syabu bernilai RM204,400 yang dirampas, pihak polis turut menyita dua jenis kenderaan jenis Perodua Myvi dan Kenari, serta wang tunai RM1,050.
Hasil siasatan lanjut mendapati hanya seorang daripada suspek yang memiliki rekod jenayah lampau, manakala yang lain didapati negatif dadah selepas ujian air kencing dilakukan.
Sindiket dadah ini dipercayai didalangi oleh warga tempatan, dan beroperasi di sekitar Kepala Batas.
Sumber: Berita Harian
BACA: Penjawat Awam ‘Upload’ Video TikTok Sokong Israel, Rupanya Buat ‘Content’ Masa Tengah ‘High’ Dadah