in

Penjawat Awam ‘Upload’ Video TikTok Sokong Israel, Rupanya Buat ‘Content’ Masa Tengah ‘High’ Dadah

Israel 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular video seorang penjawat awam memuat naik video TikTok menyokong Israel beberapa hari lepas telah mengundang kemarahan orang ramai.


Dalam video itu, dia melaungkan nama Israel dan memberikan kenyataan sebab kenapa dia menyokong kekejaman negara tersebut. Lelaki berusia 31 tahun itu bagaimanapun telah dipanggil ke bu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk direkodkan keterangan.

Setelah disiasat, Sinar Harian melaporkan bahawa lelaki itu positif dadah morfin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek kini sudah direman.

Capture2

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah.”

“Suspek ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman selama dua hari bermula Rabu.”

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek yang dipercayai digunakan ketika memuat naik video tersebut.

Capture 54

Malah, ketika melakukan video itu, suspek sedang berada di bawah pengaruh dadah.

“Siasatan awal yang dijalankan suspek disyaki memuatnaik video itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988.

 

Baca : “Biar dorang sakit hati” – Trending Hashtag Sokong Israel, Rupanya Ada Plot Twist

Israel2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.