in

Beego Dapat Amaran Keras Kerana Masih Gagal Hadirkan Diri Di Mahkamah

syaz ft 2025 12 16T151831.368

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat pelakon Linda Hashim untuk segera keluar daripada kemelut rumah tangga tidak kesampaian apabila suaminya, Beego, gagal hadir ke prosiding pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Susulan ketidakhadiran tersebut, mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi prosiding pengesahan lafaz taklik melibatkan Linda dan Beego pada 21 Januari tahun hadapan.


Artikel berkaitan: Beego Tak Mahu Bercerai, Minta Linda Hashim Pulang Ke Rumah Untuk Selesaikan Masalah

Artikel berkaitan: “Ada mana-mana peguam boleh mewakili saya?” –  Beego Terkejut Dengan Kenyataan Linda Hashim?

Peguam yang mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, pihaknya turut membangkitkan isu kehadiran defendan yang disifatkan kerap tidak hadir ke mahkamah.

“Ini kali ketiga dia tidak hadir dan sepanjang saya mengemudi kes ini, pihak peguam defendan pun tidak pernah lampirkan sebarang bukti sijil cuti sakit, sijil kematian atau sebarang alasan.

Hakim mendengar dengan baik isu ini berkenaan ketidakhadiran dan kita mohon juga satu peringatan yang keras yang pertama daripada pihak mahkamah kepada pihak defendan.

Yang kedua kita mohon juga untuk diberikan kos atas kehadiran. Pihak hakim juga memberi satu lagi peluang dengan amaran keras kepada pihak defendan termasuk peguam agar cakna dan diwajibkan hadir pada prosiding bulan depan,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Beego, Muhammad Akmal Amzan memaklumkan anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah atas alasan kematian ahli keluarga iaitu ibu saudaranya di Johor.

“Dia bukannya seolah-olah susah bagi kerjasama. Sebenarnya anak guam saya masih dalam proses nak pujuk cuma mungkin di hujung-hujung ini mungkin tak ada sinar lagi.

Cuma itulah, kita doakan jalan terbaik macam mana. Mungkin dalam tempoh akan datang nanti, lepas taklik ke apa, tengok macam mana.

Perbualan saya dengan anak guam belum sampai tahap itu lagi (setuju cerai) tetapi dia beritahu nak cuba selesaikan di antara dia dengan Linda cuma kalau tiada jalan penyelesaian, mungkin perlu selesaikan cara baik,” ujarnya.

Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian umum apabila pelakon itu memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Pasangan berkenaan pernah bercerai pada 27 Mac 2023 sebelum mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023, selain membatalkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan terhadap tiga anak mereka.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.