in

Beberapa PPV Kekurangan Vaksin, PM Beritahu Vaksin Telah Dibeli Tapi Belum Sampai

Fi V

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Oleh kerana kes yang masih berada di tahap membahayakan, semestinya vaksin amat ditunggu-tunggu bagi melawan penularan virus Covid-19 ini.



Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan sudah membeli dan membayar bekalan vaksin Covid-19 untuk menampung keperluan diperlukan di negara ini. Namun, bekalan tersebut masih lagi belum diterima.

V 1

Tambah beliau, perkara ini perlu setelah meninjau beberapa PPV yang telah dibuka dan diuruskan dengan baik, tapi berdepan masalah kekurangan vaksin menurut Berita Harian.

“Beberapa PPV juga bersedia meningkatkan kapasiti pemberian vaksin, namun tidak dapat berbuat demikian kerana jumlah vaksin tidak cukup

“Kerajaan sudah beli dan bayar, namun bekalan vaksin ditempah itu belum sampai, malah seluruh dunia sekarang juga perlukan vaksin.

Beliau turut memberitahu bahawa Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah di arah untuk meminta pembekal supaya menghantar bekalan vaksin dengan segera.

“Saya sudah arahkan menteri bertanggungjawab meminta pembekal menghantar vaksin dengan segera. Jika pengilang keluarkan lebih banyak vaksin, kerajaan harap bekalan vaksin lebih banyak akan dihantar ke negara ini dengan lebih cepat,” katanya.

Diharapkan segala urusan pemberian vaksin ini dipermudahkan. Sama-sama kita berdoa.

 

Baca : Bekalan Vaksin Covid-19 Lambat Sampai Malaysia Sebab Negara Maju Dah Bolot Lebih Awal – KJ

Foot V

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.