Rasa gerun jadinya apabila terbaca perkongsian ini, bayi yang dianggarkan berumur kurang daripada 12 bulan ditinggalkan berseorangan di dalam kereta. Bayi itu dibiarkan terbaring di tempat duduk hadapan.
Diselamatkan oleh orang awam
Menerusi perkongsian daripada Mohd Redzuan Abdul Manap ini, kejadian berlaku di Tesco E-gate Pulau Pinang. Bagaimanapun bayi itu telah berjaya diselamatkan oleh orang awam dan pekerja Tesco sendiri.
Bayi itu ditinghalkan berseorangan dalam keadaan tingkap belakang terbuka sedikit dan enjin juga dimatikan. Perkongsian itu telah mengundang kemarahan orang ramai dan membangkitkan rasa bimbang netizen terhadap keadaan bayi itu biarpun telah diselamatkan.
Ini kerana usia bayi itu masih sangat-sangat muda dan risau apa-apa boleh terjadi. Malah, ada netizen anggap jika menggunakan alasan lupa, sangat tidak logik kerana bayi itu diletakkan di tempat duduk hadapan.
Kalau alasan ‘lupa’ aku tak tau la nak cakap ape – Netizen
Apa pun, mujurlah bayi itu selamat, jadi bimbang pula. Ya lah, umur baru je barapa bulan kan.