in

“Bayaran antara 2 hingga 6 ribu ” – SPRM Bongkar Sindiket Jual Sijil Kelahiran Palsu

Sindiket Tipu Surat Lahir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini telah menahan 12 individu yang dipercayai terlibat dalam tindakan memalsukan dokumen sijil lahir untuk mendaftarkan anak angkat sebagai anak kandung.

Menurut laporan, penahanan tersebut membabitkan dua pegawai agensi kerajaan, empat doktor perubatan swasta dan juga enam orang awam.


Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 42 hingga 81 tahun itu ditahan pada jam 6 petang menerusi satu serbuan berasingan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Aa1Cetcw

Tambah sumber berkenaan, pemohon (orang awam) akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik-klinik tertentu bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran palsu.

Pun begitu katanya, anak yang didaftarkan tersebut sebenarnya tidak dilahirkan di klinik tersebut.

Difahamkan, doktor tertentu akan menandatangan dan mengesahkan borang kelahiran bagi  mengesahkan kelahiran pemohon di klinik berkenaan walaupun bayi itu tidak pun dilahirkan di situ.

Pexels Tracey Shaw 105890

Selepas mendapatkan pengesahan tersebut, pemohon atau orang tengah akan menguruskan pendaftaran kelahiran anak dan sekiranya terdapat keraguan, pihak berkaitan akan memaklumkan pada pemohon bahawa ia (pemohonan) tidak dapat diproses dan perlu menunggu untuk tindakan seterusnya.

Kaunter agensi kerajaan berkenaan akan merujuk permohonan terbabit ke Bahagian Siasatan Khas supaya fail siasatan dibuka.

Pendedahan tersebut juga mendakwa orang tengah atau pemohon seterusnya akan cuba berurusan dengan pegawai agensi kerajaan bagi mendapatkan status permohonan.

Pada peringkat ini, sekiranya permohonan ditolak atau disenarai hitam, pihak tersebut akan menawar sejumlah wang rasuah kepada pegawai terlibat supaya permohonan diluluskan.

Difahamkan, jumlah bayaran dikenakan antara RM2,000 hingga RM 6,000 untuk setiap kes.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes akan disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 ASPRM 2009.

Sumber : Sinar Harian

Baca : [VIDEO] Selepas 27 Tahun, Wanita Berhijab Ini Baru Tahu Agamanya Lepas ‘Check’ Surat Beranak

Ft Baru Tahu Agama

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.