in

Bawa Anak Di Bawah 18 Tahun Ke Tempat Sesak, Ibu Bapa Boleh Dikompaun

Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada ibu bapa diluar sana, jika anda membawa anak-anak yang berumur dibawah 18 tahun keluar di tempat sesak, anda boleh dikenakan kompaun.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kertas siasatan boleh dibuka oleh pihak berkuasa atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), lapor Astro Awani.

 

Banyak kes terdiri daripada golongan muda

41622199401 Adhambaba

Beliau juga menambah, sebanyak 82,341 kes COVID-19 yang direkodkan ini merupakan golongan remaja dan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

“Berdasarkan Akta 342 tiada peraturan yang boleh dikeluarkan kompaun terhadap ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak atau kawasan penularan COVID-19.”

Dalam pada ini, 27,402 daripada jumlah tersebut terdiri daripada individu yang berusia antara 13 hingga 17 tahun, manakala 8,237 kes lagi merupakan kanak-kanak 5 hingga 6 tahun serta 19,851 lagi kanak-kanak berusia bawah 4 tahun.

Jelasnya lagi, mereka yang dijangkiti Covid-19 kebanyakkannya  berada dalam kategori satu, dua dan tiga, selain tiada yang dikesan memerlukan unit rawatan rapi (ICU) setakat ini.

 

Baca : “Dapat tahu dari media” –  Belum Terima Pemberitahuan Rasmi, TokTi Akur Dikompaun RM10k

Tokti

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.