in

Batu Nisan Najib?

Tomb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dah hilang kuasa sebagai seorang Perdana Menteri sampailah kena tangkap baru-baru ni, banyak sangat perkara yang tak sedap didengar berlaku kat Datuk Seri Najib Razak. Ramai mengejek bekas Presiden UMNO tu macam-macam, tapi apa yang dilakukan oleh seorang individu ni dah keterlaluan.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang pengguna Facebook bergelar Liew Yi dikatakan memuat naik gambar Najib yang disunting kat batu nisan di kawasan perkuburan Cina. Tindakan individu tersebut membuatkan seorang ahli parti politik yang berpengkalan di Pulau Pinang membuat laporan polis.

Najib Tombstone
sumber: wob

Ahli Pemuda Penang Front Party (PFP) Eagen Teoh Kean Liang memberitahu bahawa masyarakat Cina menganggap tindakan sedemikian sebagai satu kutukan dan menghina keluarga Najib.

Ini disebabkan kat bawah gambar Najib tu siap ada tulis yang dorang dah derma kan duit untuk pek kim Najib. Pek kim tu bahasa Hokkien yang maksudnya sumbangan wang untuk keluarga si mati bagi membantu kos pengebumian.

“Masyarakat Cina tidak boleh menerima tindakan ini sama sekali, walaupun ia bermaksud sebagai gurauan. Ini boleh menyebabkan ketegangan hubungan kaum.”

Kat gambar tu jugak ada tulis perkataan “Lahir 1953” dan “Mati 2018”. Itu sama macam dorang menyumpah supaya Najib mati tak lama lagi. Erk!

1107Sz10 Najib Tombstone 1 E1531301419941
sumber: wob

“Saya yakin kita semua belajar pendidikan moral, kita diajar untuk menghormati semua orang, tanpa mengira apa yang telah mereka lakukan. Netizen tidak boleh guna cara ini untuk membuli dan mengutuk macam ni, tidak kira sama ada dia bekas perdana menteri atau orang lain.”

Jurucakap polis memaklumkan bahawa laporan tersebut telah diterima dan perkara ni akan disiasat. Memang lah korang tak suka dia, tapi tak baik tau buat sampai macam tu. Ni dah kira kes buli siber tau!

Baca: Tabung Harapan Najib?

Sdlahda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.