in

“Basuh kerusi tu!” – Pemandu Bas Berang Penumpang Warga Asing ‘Membuang’ Dalam Bas

Warga Asing Membuang Dalam Bas

Baru sahaja reda kes mengenai pemandu bas wanita difitnah penumpang bercumbuan ketika memandu, muncul pula kes lain yang sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai.

Tular sebuah rakaman video seorang penumpang bas dipercayai warga asing bertindak di luar jangkaan apabila membuang air besar di tempat duduk dalam sebuah bas ekspres.

Menerusi perkongsian video itu, kejadian tersebut diketahui pemandu bas berkenaan ketika membuat pemeriksaan.

Artikel berkaitan: Isu Pemandu Bas Bercumbu Ketika Bekerja Rupanya Ada ‘Plot Twist’?

Artikel berkaitan: “Takde tolak ansur!” – Netizen Kecewa Pemandu Bas Tergamak Tinggal Penumpang Lewat Seminit

Dalam video itu, terdengar suara pemandu sedang marah warga asing terbabit sambil bertanya di mana najisnya disorok.

“Aku bawa mu jauh-jauh, mu berak dalam bas. Mana tahi mu buang? Habis seluar mu kena. Basuh kerusi itu,” katanya kepada penumpang terbabit.

Namun begitu, warga asing itu hanya mendiamkan diri tanpa membalas soalan yang ditanya kepadanya.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya menyelar tindakan penumpang itu yang dianggap tidak bertamadun dan pengotor kerana melakukan perbuatan tersebut dalam pengangkutan awam.

Screenshot 2023 11 24 165049 Screenshot 2023 11 24 165203

Namun, ada juga mengatakan mungkin warga asing terbabit terpaksa berbuat demikian kerana tidak dapat menahan diri disebabkan pemandu bas sukar memberi kerjasama ketika berlaku kecemasan.

Screenshot 2023 11 24 165059 Screenshot 2023 11 24 165147

Menerusi perkongsian di TikTok, warga asing yang dimarahi pemandu bas itu sedang membersihkan kerusi terbabit.

Setakat artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan bila tarikh kejadian terbabit dan di mana destinasi perjalanan bas itu.

Sumber: X, TikTok