in

‘Basikal bukan golongan yang patut berada di atas jalan raya’ -JPJ Akan Kaji ‘Trend’ Berbasikal Atas Jalan Raya Dengan PDRM

Sdds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, ‘trend’ berbasikal pada hujung minggu dan ditempat riadah semakin mendapat sambutan. Pun begitu, aktiviti ini sebenarnya boleh membahayakan pengayuh dan juga pengguna jalan raya lain jika tidak kena dengan caranya.

Perkara ini mendapat perhatian yang serius daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri memandang isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata pihaknya akan mengkaji isu berkenaan bersama pihak berkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal.

Dalam konteks undang-undang, basikal bukan golongan yang patut berada di atas jalan raya yang dikenakan cukai jalan.”

Dscn4692 1280X960 Jpg 960X720 Fit E5Ec53Ef298917Fa19Fda9B6Cc3316Ec

Beliau menambah lagi bahawa tiada undang-undang khusus basikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikuatkuasakan dan JPJ akan bekerjasama dengan agensi lain untuk selaraskannya.

Beliau berkata JPJ akan mengambil langkah keselamatan dengan memberi advokasi pendidikan kepada pengguna basikal dalam konteks menggunakan jalan raya secara berhemah memandangkan semakin banyak aktiviti basikal di jalan raya sejak akhir-akhir ini.

So yang mana pergi ride tu, tolong lah berhati-hati okay..

 

Baca: “Tak pasal kena saman” Netizen Terbahak Lepas Tengok Cubaan Rentas Negeri Kumpulan Berbasikal Ini Gagal


Capture 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.