in

“Barulah ada otak lepas ni” – Lelaki Kena Menyapu & Pakai Vest ‘Kutu Sampah’ Sebagai Denda Buang Sampah Merata

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti perasan kan, bila nampak papan tanda larangan buang sampah, mesti ada je sampah berlonggok-longgok kat situ. Kadang-kadang terfikir jugak, tak reti membaca ke dorang ni?


Baru-baru ni, satu video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki menyapu di tepi jalan di Sabah sambil memakai vest tulisan ‘Kutu Sampah’. Menurut China Press, insiden ini berlaku berhampiran Gentingmas Mall di Sandakan.

Anda akan didenda melakukan kerja² sedemikian jika didapati membuang sampah sekitar pusat bandar Sandakan. Suatu langkah baik utk memperluaskan hukuman kepada Kutu Sampah.

Posted by Suara Warisan Sabah on Monday, July 1, 2019

Difahamkan, lelaki di dalam video ini kantoi buang sampah merata-rata oleh pegawai Majlis Perbandaran Sandakan dan dia disuruh untuk membayar saman kerana membuang sampah ketika itu juga.

Nak dijadikan cerita, kerana lelaki ni gagal untuk membayar RM100 serta merta dia telah diarah untuk menyapu jalan selama satu jam di bawah pengawasan pegawai.

Screenshot 2019 07 03 At 3.58.16 Pm

Bukan tu je, lelaki ini juga perlu memakai jaket keselamatan dengan tulisan “Kutu Sampah” sambil menyapu depan orang ramai. Kalau tak insaf jugak tak tahu nak kata apa.

Dalam video ni, boleh dengar pegawai perbandaran ni beri penjelasan pada ramai orang tentang denda membuang sampah merata-rata.

Jika tertangkap, orang yang membuang sampah ini boleh didenda sebanyak RM250 oleh Jabatan Kesihatan Daerah manakala RM100 dari Majlis Perbandaran Sandakan.

Tambahan lagi, pesalah perlu memakai jaket “Kutu Sampah” ini semasa menyapu sampah. Undang-undang baru ini telah berkuatkuasa pada 1 Julai lepas.

Harapnya benda ni jadi amaran untuk orang lain supaya jangan buang sampah merata-rata. Mungkin negeri lain pun dah boleh implement cara macam ni jugak kot?

 

Baca: “Dahlah kena kompaun, kena pakai vest tulis Monyet.. haru!” – Semporna Bagi Hukuman ‘Special’ Kepada Mereka Yang Buang Sampah

Screenshot 2019 07 03 At 4.00.36 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.