in

Baru Nak ‘Photoshoot’ Sekali Tiang Lampu Roboh, Siap Kena Bayar Ganti Rugi Lagi

Lampu Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, pantang nampak latar belakang yang cantik-cantik, pasti akan ada orang yang akan mengambil kesempatan untuk bergambar. Tidak kiralah hanya gambar kawasan tersebut ataupun gambar sendiri menggayakan sesuatu pakaian.


Cerita yang nak dikongsi kali ini ada kaitan dengan perkara tersebut dan ianya berlaku dipercayai di sebuah pusat beli belah di Surabaya, Indonesia.

Menurut perkongsian pengguna TikTok dengan nama @artemiisiia ini, pada awalnya dia hanya ingin ber’photoshoot’ di kawasan tersebut sambil menggayakan pakaiannya ala-ala model atau adengan dalam filem.

Tiktok Tiang Jatuh

Disebabkan kawasan berkenaan ada tiang lampu, kelihatan Artemiisiia seakan-akan ingin berpaut dan memusingkan badannya, namun apa yang berlaku adalah sebaik dia memegang tiang lampu itu, ianya terus jatuh dan difahamkan dia terpaksa membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut.

@artemiisiia ganti rugi ? #fyp #langit #doddysudrajat ♬ suara asli – Artemiisiia

Apa yang lebih malang, tiang tersebut telah jatuh keatas kakinya dan ianya menyebabkan kesan lebam yang agak ketara!

Sungguhpun begitu, ramai yang tampil mempertahankan gadis tersebut di ruangan komen dan sempat ‘tag’ akaun TikTok milik pusat beli belah tersebut kerana inginkan penjelasan lanjut kerana menurut mereka, ia merupakan kecuaian mall tersebut.

Tiktok Komen

Sebaliknya, ramai yang mengatakan bahawa kejadian tersebut setidaknya telah ‘menyelamatkan’ keadaan yang mana sekiranya tiang tersebut jatuh ketika ada kanak-kanak, pastinya akan menyebabkan kecederaan parah, atau lebih teruk, boleh meragut nyawa.

Baca : “Macam teaser Conjuring” – [VIDEO] Netizen Meremang Tengok Wanita Pakai Veil Hitam Depan ‘Rumah Tinggal’

Meremang

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.