in

“Baru nak feel sedih…”- [VIDEO] Ibu Kongsi Anak Kuat Drama Menangis Rindu Abah, Padahal…

Fi Drama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kalangan anak-anak korang kan, mesti ada sorang tu yang kuat drama. Benda kecil pun boleh nangis. Mesti ada kan?


Tak kesah lah anak kecil ke dah besar ke, mesti ada je sorang yang perangai kuat drama tu. Sikit-sikit nangis, kena tegur nangis, buat apa semua nangis.

Tapi, kisah anak kuat drama daripada perkongsian ibu ni confirm buat korang tak jadi nak rasa geram dengan budak ni.

@nuradzeelaila

#ahnafjaleel #fyp

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes?

Saudari Nur Adzeela Ila ini telah berkongsi video anaknya yang menangis kerana rindu akan abahnya di laman TikTok. Melalui video tersebut, dikatakan anaknya tiba-tiba datang kepadanya ketika dia sedang memasak dan memberitahu yang dia rindukan abahnya.

Video yang berdurasi 28 saat itu telah mendapat sebanyak 493.7 ribu jumlah tontonan dalam masa tiga hari selepas dimuat naik.

Yang buatkan orang ramai tak jadi nak sedih tu bila dapat tahu sebenarnya ayah dia bukannya kerja jauh atau ke mana pun, pergi kerja je! Anak dia punya drama tu…geram! Comel sangat!

Jika dilihat diruangan komen, ramai yang ‘tertipu’ dengan kesedihan si comel ni. Tapi ada juga yang menganggap sifat anaknya yang kuat drama itu mungkin disebabkan oleh hubungan yang rapat antara si anak dengan abahnya.

Komen Drama

Adik-beradik min kalau kuat drama macam ni boleh lagi nak tahan sebab comel sangat. Tapi kalau jenis annoying tu…rasa nak cepuk je! Hahaha

Baca: Anak PKP memang macam ni ke?-[VIDEO] Ibu Kongsi Anak Takut Jumpa Orang Ramai Buat Netizen Terhibur

Fi Pkp

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.