Seorang nelayan di Thailand hampir maut akibat tercekik selepas seekor ikan melompat keluar dari air dan terus ke kerongkongnya.
Ikan puyu itu tersepit di antara tekak dan rongga hidung nelayan itu, dikatakan ikan itu cuba nak ‘melarikan diri’ melalui hidungnya.
Sejam lakukan pembedahan
Bagaimanapun, disebabkan ikan itu ‘tajam’, ia menyebabkan kerosakan yang ketara pada bahagian dalam kerongkong mangsa. Apabila ia berjaya dikeluarkan, ikan itu kelihatan basah dengan lumuran darah lelaki itu.
Doktor Hospital Wilayah Phatthalung di Thailand itu terkejut apabila nelayan itu bergegas memberitahu mereka seekor ikan melompat ke dalam mulutnya pada 22 Mei lalu.
Pasukan itu menjalankan x-ray dan mendapati ada ikan berduri sepanjang lima inci di dalamnya. Lapor mirror UK, pasukan medik yang terdiri daripada 2 doktor dibantu 3 jururawat, berjaya mengeluarkan ikan sepanjang 5 inci itu selepas sejam menjalani pembedahan.
Pegawai hospital Sermsri Pathompanichrat berkata:
“Doktor kami bekerja keras untuk meminimumkan kerosakan pada organ pesakit kami. Mereka telah berjaya menyelamatkan pesakit itu.”
Ikan itu akhirnya ditarik dari mulut nelayan itu kerana ia cuba mengoyakkan hidungnya dengan melalui kerongkongnya.
Baru nak ambil nafas, ikan melompat masuk
Ketika kejadian, nelayan itu memberitahu doktor bahawa dia telah menangkap ikan dengan tempuling di bawah air pada mulanya.
Namun, ketika dia timbul ke permukaan air untuk hirup udara dengan ambil nafas dalam keadaan mulut terbuka, ikan puyu itu turut melompat sama dan terus masuk ke dalam mulutnya kemudian pergi ke kerongkongnya.
Ia tersangkut di situ dan cuba melarikan diri ada saksi melihatnya sedang tercungap-cungap sambil memegang kerongkongnya sebelum dikejarkan ke hospital.