Admin memang tabik kepada mereka yang hafal al-Quran ni! Lagi-lagi kalau dari kecik dah hebat membaca tanpa perlu tengok pada al-Quran dengan bacaan yang betul dan jelas.
Baru-baru ni, menurut Harian Metro, seorang kanak-kanak perempuan Malaysia dah cipta nama di Qatar selepas mengalahkan 1,000 orang peserta dari pelbagai negara Arab dalam Pertandingan Hafazan al-Quran. Yang lebih menakjubkan kanak-kanak ni baru berumur 4 tahun!
Dia muncul sebagai juara dalam Pertandingan Hafazan al-Quran
Na’ilah Rawyan Amin Mohamed Nazrul Amin muncul juara dalam pertandingan tersebut bagi kategori lima hingga lapan tahun. Ibunya, Karlina Zakaria, 32, memberitahu tak ada pertandingan hafazan di bawah usia empat tahun, so, Nai’lah dimasukkan dalam kategori lima tahun ke atas.
Family Na’ilah dah menetap dekat Qatar sejak 2012 lagi lepas ibunya berkahwin dengan Mohamed Nazrul 37, yang kerja di sana. Parents Na’ilah hantar dia ke tadika di Markaz al Henzab Holy Quran Center, Qatar dan sejak itu dah menyertai pertandingan hafazan al-Quran pada November 2017 dan 10 Mac baru ni.
“Alhamdulillah, dia mampu melakukan dengan baik pada saat peserta lebih berusia gugup, menangis dan ada yang berlari turun ke bawah disebabkan tidak mahu meneruskan pembacaan.”
Karlina memang dah bercita-cita nak jadikan anaknya sebagai hafizah yang mampu kuasai bahasa Arab dan bijak dalam Matematik selepas berkawan dengan seorang wanita Arab dari Oman ketika menetap di UK. Ini cara ibu Na’ilah bentuk dia menjadi hafizah:
- Perdengarkan ayat al-Quran dan membaca al-Quran sejak mengandung
- Seawal enam bulan dah didedahkan dengan ayat al-Quran menerusi video, YouTube dan kad imbas
- Ambil makanan sunnah seperti kismis, kurma dan bijirin dijadikan makanan harian
Pada awalnya, Karlina menghadapi masalah nak bagi Na’ilah fokus dalam menghafaz al-Quran. Yelah Na’ilah tu budak lagi dan budak memang susah nak fokus. So, dia dah cuba pengajaran menerusi kaedah tidak formal.
“Saya menerapkan hafazan sambil bermain di taman permainan kemudian diselang-selikan bacaan surah pendek. Oleh kerana Na’ilah suka berenang dan menunggang kuda, sebelum melakukan kedua-dua aktiviti itu, saya meminta dia mengaji dengan tajwid yang betul. Jika tidak, dia tidak dapat berenang dan menunggang kuda.”
Usaha Karlina ni ternyata membuahkan hasil sebab baru umur empat tahun, Na’ilah dah boleh menghafaz semua surah dalam juzuk Amma dan juga beberapa ayat dalam surah al-Baqarah!
Korang boleh guna cara ni untuk anak korang nanti.
Baca: [VIDEO] “Pedas tapi lidah masih sebut Al-Quran” – ‘Huffaz Samyang’ Dapat Pujian Netizen