Jika korang penggila baju-baju bundle, pasti korang tahu yang baru-baru ini telah berlangsung sebuah expo pakaian terpakai atau lebih dikenali dengan nama Bundle Expo 2021.
Bertempat di Mines 2, Serdang, expo tersebut berlangsung selama 4 hari dan dikatakan sebagai expo bundle terbesar di seluruh Asia Tenggara.
Melalui expo tersebut, tular satu klip di Tiktok di mana seorang pengunjung telah membeli sehelai t-shirt bercorak watak anime dengan harga RM1,800. Wah, dah macam harga handphone!
Perkongsian dari pengguna @fariszakwannnn itu melihatkan sesi bidaan kepada sehelai kemeja-T hitam bercorak anime Akira yang dipegang oleh seorang lelaki bertopi.
Dalam sesi tersebut, lelaki itu dikelilingi orang ramai yang menyertai bidaan tersebut sebelum membuat countdown untuk mengesahkan baju itu milik pembida tertinggi dengan harga RM1,800. Persetujuan itu menjadi tumpuan orang ramai yang turut bersorak apabila ia telah disahkan.
Kemeja-T itu dikatakan mempunyai nilai yang sangat tinggi kerana ia merupakan barangan vintage dari filem animasi Akira pada tahun 1988.
Ia merupakan antara barang yang dicari-cari oleh penggemar bundle hinggakan banyak pihak menciplak baju tersebut. Baju ciplak itu kemudiannya dijual semula dengan harga yang lebih murah di medium lain seperti Shopee.
Video tersebut mencapai lebih 2.5 juta tontonan di Tiktok. Di bahagian komen, rata-rata netizen pertikaikan nilai akhir t-shirt itu yang dikatakan melampau. Ada juga yang berseloroh dan mengaitkan perkara ini dengan isu ikan siakap. Alahai, macam-macam ya korang ni.
Walau bagaimanapun, ada pihak yang tampil menjelaskan perihal harga baju tersebut. Kenal barang dulu baru cakap, katanya…
Haa… korang pula macam mana? Sanggup tak nak bayar seribu lebih untuk sehelai t-shirt?
Sumber: Tiktok
Baca: “Bukan nak sombong” – Mangsa ‘Siakap Kayangan’ Tolak ‘Offer’ DSV Untuk Bayar Harga Ikan