“Bapak pengotor” – Netizen Jijik Tengok Wanita Ni Cuci Underwear Bekas Darah Haid Pakai Water Heater Hotel

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam banyak-banyak tips menginap di hotel, admin rasa ni lah tips yang ‘bijak’ sekali. Kelakuan menjijikkan seorang penginap ni amat menjijikkan dan dianggap seperti orang tak ada sivik.

 

Jijik!

Wanita itu memberikan tips di media sosial cara membersihkan pakaian dalam dengan mudah dan cepat. Kembang tekak bila tips membersihkan seluar dalam di dalam cerek elektrik tu merupakan hak milik hotel di yang bakal digunakan oleh penginap lain.

Lebih teruk lagi, dia bersihkan seluar dalam yang dah ada bekas darah haid sebab tiba-tiba dia datang bulan sebab terlupa nak bawa tuala wanita. Eeee!

 

“Menginap di hotel, tapi datang bulanan tiba-tiba. Saya terlupa bawatuala wanita jadi saya ada idea untuk mencucinya dengan cepat. Gunakancerek elektrik di hotel! Cepat dan bersih” 

Menurut sumber, lokasi hotel tersebut bertempat di Australia dan ternyata tips itu membuatkan netizen kurang senang dan rasa jijik dengan perbuatan yang dia lakukan.

 

Bapak pengotor!..Tak nak aku sentuh cerek kalau duduk hotel nanti – Netizen

“Wow itu hal paling menjijikkan yang pernah aku lihat,” 

“Cuci saja dengan sabun, susah sangat ke?”

“Wanita itu harus di-banned dari semua hotel sepanjang hidupnya!”

“Tak berani aku nak guna cerek hotel lepas ni kalau nak bercuti”

“Bapak pengotor!”

Tak dinafikan tips yang dilakukan ini sangat berkesan, tapi ia sanagt mementingkan diri sendiri dan tak ada sivik.

Menurut pensyarah dalam bidang Molecular Biosciences di Massey University, Auckland, Dr Heather Hendrickson. Beliau mengakui membersihkan pakaian menggunakan air panas mampu menghilangkan mikoorganisme tetapi……

Bakteria boleh mengasilkan satu spore yang sangat kuat di tempat yang digunakan jika suhu menjangkau 120 darjah keatas akibat tekanan tinggi dalam waktu yang lama.

Ia boleh menghasulkan racun dan menyebabkan penyakit kalau kita consume. Jadi, beliau menyarankan agar tidak mengikuti panduan ini untuk hormat penginap lain yang bakal menyusul nanti.

 

Baca : “Bila otak letak dekat lutut…” – Jijik! Lelaki Kumur Listerine Lepas Tu Ludah Balik Masuk Botol

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.