in

“Bapa tak tahu, sering tiada di rumah” – Budak OKU 5 Tahun Mati Dipijak, Ditendang Nenek Saudara Sampai Pecah Usus

Ft Dera

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mengalami muntah yang teruk sebelum meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Chinchin, Rawang, 30 Disember lepas. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya pada jam 7 malam dan terus hubungi ambulans.

Menurut Berita Harian, mangsa yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Kk

Keputusan yang diperoleh keesokan hari mendapati mangsa maut akibat kecederaan di bahagian usus yang pecah dipercayai didera. Polis kini menjalankan siasatan dan telah menahan 6 individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 55 tahun, termasuk suspek utama iaitu nenek saudara mangsa.

Difahamkan, suspek warga Indonesia itu disyaki telah mendera mangsa sejak tinggal bersama pada tahun 2017. Mangsa yang tidak mampu berjalan dan berdiri kerana sering buang air besar tanpa sedar itu telah dipijak, disepak dan ditendang oleh suspek.

Pemeriksaan lanjut juga menemui kesan parut lama tubuh mangsa dicucuh dengan ubat nyamuk yang dibakar.”

Keluarga mangsa pada mulanya mendakwa mangsa mengalami sakit perut dan muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu, selain enggan membenarkan bedah siasat.”

Mangsa juga mempunyai rekod penyakit lebihan cecair dalam otak, selain pernah menjalani pembedahan namun mampu bertutur dengan baik.”

Bapa mangsa yang tinggal bersama dipercayai tidak menyedari kejadian yang menimpa anaknya kerana bekerja sebagai pemandu lori dan sering tiada di rumah.”

Oku2

Pada awalnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun selepas mendapati terdapat unsur jenayah, polis mengklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Kesemua suspek ditahan pada 1 Januari lepas dan akan direman sehingga 7 Januari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca: “Masuk tv show pura-pura jadi parent angkat penyayang” – Jung In : Diambil Jadi Anak Angkat Untuk ‘Content’ Video Dera

Dera

Sumber: Harian Metro