in

Bapa Ditahan Positif Dadah, Jiran Akui Tak Pernah Abai Budak Maut Makan Sisa Tong Sampah

tong sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes yang melibatkan dua beradik warga Myanmar berusia 4 dan 2 tahun meninggal dunia didakwa akibat makan sisa di dalam tong sampah semalam telah menarik perhatian netizen yang mana rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak malang itu.

Walau bagaimanapun, hari ini, bapa kepada kanak-kanak tersebut dilaporkan telah ditahan polis bagi siasatan lanjut.


273204307 5161492667202399 5141622061622202045 n

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, lelaki yang berusia 36 tahun itu akan disiasat di bawah Sek 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut juga didapati positif dadah selepas ujian awal air kencing dijalankan ke atasnya.

 

Jiran selalu bagi makanan 

Dalam pada itu, jiran-jiran di kawasan kejadian, memberitahu yang mereka tidak pernah mengabaikan kanak-kanak tersebut dan sering memberi makanan.

Kejadian malang ini, menurut penduduk kawasan tersebut berlaku berpunca daripada tiada pengawasan dan bukannya kerana kanak-kanak tersebut lapar lalu menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan, lapor Harian Metro.

tong sampah

Kejadian malang yang menimpa mereka petang semalam kerana tiada pengawasan keluarga… bukan kerana mereka lapar kerana jiran sering beri makan dan minuman kepada kedua-duanya, malah badan mereka agak gempal. 

“Saya sendiri hampir setiap hari memberi mereka wang belanja dan sesekali memberikan kuih kepada kanak-kanak itu untuk mengalas perut,” kata Pak Su Kasim.

Tambahnya jiran tersebut lagi, memang agak musykil perkara tersebut berlaku kerana dia tidak pernah melihat kanak-kanak terbabit menyelongkar tong sampah dan dia yakin kejadian itu berlaku bukan sebab kanak-kanak tersebut lapar tetapi sudah sampai ajal.

“Saya pun tidak pasti apa sisa makanan yang dimakan mereka sehingga maut kerana tong sampah sama turut diselongkar kumpulan monyet liar, tetapi kami tidak pernah lihat bangkai monyet di kawasan ini,” katanya lagi.

Apa-apapun diharapkan polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya tentang apa yang berlaku ke atas kanak-kanak tersebut. Kesian sangat. 

Baca: “Rasa terpukul” – Netizen Sebak 2 Kanak-Kanak Maut Makan Sisa Makanan Dalam Tong Sampah

2 budak makan dari tong sampah maut langkawi

Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.