“Banyak versi cerita dia ni” – Lelaki Jumpa Pakcik Homeless, Ingat Nak Tolong Tapi Rupanya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rakyat Malaysia ni, memang diakui ramai yang jenis prihatin dan mudah simpati terhadap kesusahan yang menimpa orang lain.

Ada orang sakit je, berebut-rebut kita menderma. Ada keluarga susah, banyak je tangan sudi hulur bantuan sedikit sebanyak untuk mengurangkan beban mereka.

Macam satu kisah yang dikongsikan seorang brader di laman Twitternya, tentang pengalamannya bertemu seorang pakcik homeless di Terminal Bersepadu Selatan.

Cerita dia…

Sewaktu berborak, pakcik tu katanya kerja menoreh getah je di Kedah.

Isterinya pulak dah meninggal dunia, dan yang di ICU tu je lah satu-satunya anak dia. Bila ditanya ada tak saudara mara lain yang boleh bantu, pakcik tu kata ada tapi payah nau nak contact.

So, dia selalu berulang alik naik LRT ke hospital dan kadang-kadang tu terpaksa tebalkan muka minta sedekah dari orang ramai untuk isi perut sikit.

Hmm, siapa je tak sedih bila dengar macam ni kan lebih-lebih lagi cerita tu dikisahkan dari mulut seorang lelaki tua yang kita umpamakan macam ayah kita sendiri.

Tuan empunya kisah ni lagilah, terngiang-ngiang nasib pakcik tu sampai ke rumah dibuatnya — tak senang duduk betul, sampai dia decide nak cari balik pakcik tu kat TBS tapi tak jumpa dah.

Bila dah dikongsikan kisah macam ni, ramai netizen lain yang beri respond — ada yang turut bersimpati dan nak hulurkan bantuan, dan dalam banyak-banyak replies tu ada jugak cerita kurang enak tentang pakcik ni sebenarnya.

Netizen mula bukak cerita, sebab ada dalam kalangan mereka yang sebelum ni pun pernah terserempak dan berborak-borak dengan pakcik ni.

Ada yang dengar cerita versi sama, ada jugak yang dengar versi lain.

Contohnya…

Alamak, agak tak best la bila keluar cerita macam ni sebab bukan sorang dua je yang pernah terserempak dengan pakcik ni — kira ramai jugak yang dah jumpa, semua dapat versi cerita berlainan.

Bersangka baik je la, mungkin ada sesuatu yang dah berlaku dalam hidup dia sampai dia jadi macam tu — kita tak berada dalam situasi dia, jadi tak adil untuk kita judge dia yang bukan-bukan.

Nak baik sangat tak boleh, nak abaikan je pun tak boleh jugak — lagi pulak, kan orang tua tu. Takkan kita sanggup nak biar dia kesusahan sorang-sorang, ye dak?

Macam mana kita nak buat ni gais? Korang pun pernah terserempak dengan pakcik ni?

 

Baca: “Terima kasih dik, jumpa kita di syurga” – Kisah ‘Mat Motor’ & Pakcik Yang Kena Halau Masjid Malam Aidiladha

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.