in

“Banyak lagi orang nak masuk polis” – Ketua Polis Johor Akan Guna Kaedah Cepat Buang Anggota Yang Buat Hal

Polis3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

8 April 6.15 petang, pihak IPD Batu Pahat telah menangkap seorang pegawai dan 3 anggotanya yang terlibat dalam kes pemerasan terhadap seorang pekerja kilang perabot.

Warganegara Bangladesh itu diarah memberikan wang RM 1,100 jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang, namun mangsa tidak dapat menyediakan wang sebanyak mana yang diminta kerana hanya mampu memberikan RM 1,000 kepada suspek.


Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selepas menerima wang tersebut, suspek tidak mengenakan apa-apa tindakan, sebaliknya hanya pergi begitu sahaja meninggalkan pekerja yang tiada permit tersebut.

 

“Susulan laporan dibuat oleh daripada mangsa, tangkapan telah dilakukan terhadap semua suspek yang berumur dalam lingkungan 26 ke 46 tahun, pihak kita telah menangkap dan reman sehari, semua suspek telah dibebaskan.”

Polis2

Namun begitu, katanya lagi, pihak polis telah membuat kertas siasatan dan mungkin akan dibicarakan hujung minggu ini.

“Kes akan disiasat dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada mana-mana hukuman tersebut.”

Ey6Pn97Ucaaoczj

“Dalam pada itu beliau juga menjelaskan bahawa tahun ini ada lebih 30 kertas siasatan kes rasuah yang melibatkan anggota polis.”

Manakala bagi kes dadah, 10 kes, 14 kes jenayah dan 3 kes komersial.

“Kalau dibandingkan dengan lain-lain, Johor adalah yang tertinggi. Setakat tahun ini, 59 orang telah dikenakan tindakan tahan kerja melibatkan 4 pegawai dan 55 anggota. tahun lepas hanya 31 orang, gantung kerja 11 orang dan buang kerja setakat ini 8 dan minggu depan mungkin akan tambah 12 orang.”

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa Polis Johor tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas kepada anggota yang ‘buat hal’.

Polis 2

Datuk Ayob Khan berkata mungkin tahun ini akan pecah rekod dimana akan ada ramai anggota polis di Johor yang akan dibuang.

Berhubung isu dadah, beliau menambah bahawa mana-mana anggot polis yang terlibat dengan kes dadah tidak perlu diberi peluang kedua.

“Banyak sangat kes-kes dadah yang melibatkan pegawai dan anggota polis. Jadi, kalau ditangkap, positif, kita akan buang. Kita akan menggunakan kaedah yang paling cepat, banyak lagi orang yang nak masuk polis, yang ada, yang tak guna ni kita buang cepat. “

https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/212458313547568

 

Baca : Polis Johor Cedera Lepas Dirempuh Mat Rempit Yang Cuba Lari Dari Roadblock Ops Motosikal

Pis

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.