“Banyak ketidakadilan yang perlu kita lawan, papa”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Anwar akhirnya bebas! Dan insan yang paling gembira terima berita ini pastinya ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuklah anak sulungnya Nurul Izzah yang jugak dikenali sebagai Puteri Reformasi.

Izzah luah rasa gembira Anwar bebas

Menerusi posting Instagram beberapa jam lalu, dia telah memuat naik satu gambar dengan caption yang sangat menyentuh hati. Admin yang bukan ahli keluarga pun rasa sebak bila baca tulis Izzah ni. Untung Anwar ada anak yang solehah.



“Sudah lama sejak ciuman itu papa. Allah SWT dalam segala hikmah-NYA telah menganugerahkan kita kepulangan ini. Apa lagi cara yang lebih baik untuk menyambut Ramadan.

“Sebuah pengampunan berdasarkan keadilan yang tersasar. Satu perpisahan yang akhirnya disusuli dengan satu pelukan. Saya sayang papa. Kita ada banyak lagi tugas untuk dilakukan. Banyak lagi ketidakadilan yang perlu kita lawan,” tulis Izzah.

 

Netizen tumpang gembira

Sehingga kini, posting tersebut dah mendapat 78,000 likes dan ribuan komen dari netizen yang rata-rata gembira dan tersentuh dengan pembebasan Anwar Ibrahim selepas 5 tahun di penjara atas pertuduhan sodomi yang dikatakan bermotifkan politik.

Sumber: Instagram

Kini Anwar Ibrahim sudah pun mendapat pengampunan YDPA Sultan Muhammad V dan akan pulang ke kediamannya di Bukit Segambut.



Sumber: Instagram

Nantikan sidang media khas Anwar Ibrahim di rumah dekat Segambut selepas selesai mesyuarat pengampunan. Follow LM untuk berita terbaru! 

Baca: Agong Perkenan Pengampunan Penuh Anwar Serta Merta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!