in

Banyak Kenderaan ‘Melekat’ Di LPT 2 Sampai Pemandu Terpaksa Keluar Kereta, Ini Punca Sebenar

Ft Lpt 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, jalan di lebuhraya utama sudah mula sesak dan dibanjiri dengan banyak kenderaan sehingga aliran trafik jadi perlahan.

Kebiasaanya perkara ini akan berlaku di aliran yang menuju ke arah utara dan pantai timur, malah perkara itu berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) pada hari ini.


Artikel berkaitan: Beruang Berguling Kesakitan, Dipercayai Kena Langgar Di LPT2

Artikel berkaitan: [VIDEO] Sekumpulan Lelaki Bagi Air Percuma Dekat Pengguna Jalan Raya Yang Sangkut ‘Jammed’ Di LPT

Screenshot 2026 03 18 173215

Dalam satu perkongsian tular di media sosial, dilihat aliran kereta tidak bergerak untuk jangka masa yang lama sehinggakan orang ramai terpaksa turun keluar daripada kenderaan mereka.

Bagaimanapun, Kosmo! melaporkan bahawa berlakunya kemalangan di lorong kanan KM 281.1 Utara dari Cheneh ke Cukai, difahamkan kesesakan kemalangan membabitkan sebuah lori sejak pagi tadi.

Screenshot 2026 03 18 173234

Difahamkan, sebuah lori yang dipercayai membawa muatan guni terbalik di laluan berkenaan, sekali gus menyebabkan kerja-kerja pengalihan dan pembersihan dijalankan pihak berkuasa.

Screenshot 2026 03 18 173152

Situasi itulah yang membuatkan ramai pengguna jalan terpaksa keluar sementara menunggu aliran jalan kembali lancar.

Sumber: Facebook, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.