Sedih hati admin melihat sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki kurang upaya (OKU) dilihat mengesot kakinya ketika menuruni tangga bersama anak di Kelantan.
Menerusi perkongsian TikToker @nninieeee, dia menjelaskan kejadian itu berlaku di Bank Islam di sebuah daerah di Kelantan, yang mana lelaki tersebut dikatakan cuba mengeluarkan wang tunai dari bank namun percubaannya tidak berjaya.
Hampa dengan apa yang berlaku, lelaki itu katanya meluahkan rasa kecewanya kepada seorang individu lain yang berada di situ dengan mengatakan dia terpaksa meneruskan hidup demi membesarkan anak-anaknya.
Ada seorang makcik ni tegur dia, “Nak ambil duit ke?”. Pastu pakcik tu pun jawab, “Ya kak, susah ye kak nak boleh besarkan anak. Dalam keadaan gini pun saya kena teruskan demi anak,” “ tulis pemilik akaun di kapsyen.
Situasi itu menimbulkan rasa sebak di hati pemilik video yang kasihan dengan nasib dua anak lelaki itu yang turut menemani bapanya ke bank.
Meratapi muka dua orang anaknya, nampak sedih sebab si ayah keluar bank dengan tangan kosong. Dan masa ini tengah tengok, kuatkan seorang ayah?
“Mencari duit untuk kegunaan mereka. Walaupun si ayah dalam keadaan macam tu. Semoga Allah mempermudahkan urusan pakcik ini,” tulisnya lagi.
Artikel berkenaan: “Lebih baik balik agama I” – Wanita Mualaf Ditinggal Suami, Hidup Susah Hingga Terpaksa Minta Bantuan Gereja
Artikel berkenaan: Selepas Isu Bantuan Lampin, Wanita Asnaf Dakwa Alami Kesan Sampingan Selepas Terima Suntikan Di Hospital
Ramai ingin hulurkan bantuan
Dalam pada itu, @nninieeee berkongsi kepada Lobak Merah bahawa lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Hafidz Abdul Rahman merupakan seorang peniaga kecil dan juga sebelum ini pernah tular di media sosial meminta ruang di Mydin Kubang Kerian untuk menjual keropok lekor di situ.
Susulan tularnya video itu, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa simpati dan ingin membantu individu ini yang berada dalam kesusahan.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan korang boleh saja ke akaun TikTok @nninieeee untuk maklumat lanjut.